Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 27 Oktober 2014

Resepi -- Spaghetti



Request dari bekas pelajar;
Cikgu... Nok mitok resepi spaghetti bule? Sedap sungguh hari tu makan...
-----------------------
Tu yang Cikgu Tun masak, memang special.
Boleh, ni resepinya....

Spaghetti


Bahan-bahan

1 paket spaghetti

3 ulas bawang putih ditumbuk

1 biji bawang besar dihiris dadu kecil-kecil

2 biji tomato besar tanamsendiri atau 4 biji tomato tanamsendiri saiz sederhana dicincang

1/2 cawan daun aromatic basil tanamsendiri dihiris

1 tin kecil tomato paste

2 sudu makan minyak masak

2 keping dada ayam dihirisl

1 biji lobak merah dipotong kecil

2 batang celery dipotong kecil

1 biji kapsikum merah dipotong kecil

1 tin cendawan butang dihiris nipis

6 sudu besar minyak masak untuk menumis

3 sudu besar minyak masak untuk spageti

2 cawan air

1 sudu besar garam

1 sudu besar mixed herbs (optional)




Cara-caranya

1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan minyak masak dan garam. Biarkan mendidih.

2. Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan masak sehingga lembut (lebih kurang 12 hingga 15 minit). Kacau supaya tidak melekat. Angkat, bilas dengan air sejuk dan toskan.

3. Rebus lobak merah, celery dan kapsikum sehingga lembut. Kisar dengan secawan air.

4. Panaskan minyak masak di dalam kuali.

5. Tumis bawang putih hingga kekuningan.

6. Masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang besar menjadi warna cerah.

7. Masukkan hirisan dada ayam. Masak selama 2 minit.

8. Masukkan cendawan butang. Masak selama 2 minit lagi.

9. Masukkan bahan yang dikisar. Masak hingga mendidih.

10. Masukkan tomato yang dicincang. Tambahkan 1 cawan air. Masak hingga mendidih.

11. Kemudian masukkan tomato paste dan garam. Jika menggunakan mixed herb, masukkan mixed herbs. Masak hingga mendidih. Masukkan hirisan aromatic basil. Renehkan sehingga mendapat kepekatan yang diingini.

12. Rasa kuah. Tambah garam jika kurang masin.

13. Hidangkan spaghetti dan kuah ketika kuah masih panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan