Rabu, 8 Oktober 2014

Pangkas Udara -- Kaedah Menanam Dengan Pertumbuhan yang Galak



Sebelum ini saya sering tekankan pertumbuhan anak pokok akan lebih galak selepas anak pokok tersebut dialih.  Ini kerana ketika aktiviti mengalih,  sebahagian daripada akar akan terputus.  Akar yang baru akan tumbuh dan oleh kerana akar masih muda, ia mampu menyerap nutrien dengan lebih efisien. Hasilnya, pertumbuhan pokok tersebut akan menjadi lebih galak.

Hari ini saya akan perkenalkan satu lagi kaedah menanam di dalam bekas yang mampu memanfaatkan pertumbuhan akar.  Kaedah tersebut dinamakan pangkas udara.

Maksudnya akar dipangkas secara sendiri apabila ia terdedah kepada udara.

Dalam kaedah ini kita gunakan bekas yang berlubang di seluruh permukaan bekas.  Untuk elakkan kehilangan tanah melalui lubang, kita alas dinding bekas dengan lapisan jaring halus atau bahan yang poros, misalnya kain atau kanvas.

Gunakan tanah yang kaya dengan organik.  Selepas diletakkan anak pokok, akar akan tumbuh akan memenuhi bekas.  Apabila akar sampai ke dinding bekas yang berlubang, pertumbuhannya akan terbantut.  Ini akan menyebabkan akar yang baru akan tumbuh dan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk menyerap nutrien.

Akar yang terdedah pada udara pula akan menyerap oksigen yang diperlukan oleh pokok untuk proses respirasi.  Kesannya, pokok akan tumbuh lebih subur dengan pertumbuhan yang lebih galak.


Gambar menunjukkan pokok tomato yang baru sahaja dialih ke dalam bekas menggunakan kaedah pangkas udara. Tanah yang digunakan ialah tanah kompos yang digaul kondisyener tanah dan sedikit baja pellet tinja ayam yang ditapai.

4 ulasan:

  1. assalams,

    terima kasih diatas tips ini:)

    BalasPadam
  2. salam..nak tanya ..ada jual tak biji benih daisy..sgt2 berminat'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Kami belum stok benih tersebut. Yang ada, benih chrysenthemum, jnis yang boleh dimakan. Ia juga berbunga dengan bau seperti teh bunga.

      Padam