TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Sabtu, 25 Oktober 2014
Paku Uban Tumbuh Melata
Dulu masa kecik, kita orang Ganu akan kutip pucuk midin dan pucuk paku untuk jadi rencah bubur lambut dan kerabu. Paku uban mana orang peduli. Tak tahu pun boleh dimakan. Mungkin sebab ada bulu halus, orang "tak berani" nak makan. Takut gatal tekak kata orang dulu dulu. kami kutip buat berlaga. Kami sangkut hujung pucuk sesama sendiri (yang berpusar) dan tarik. Pucuk siapa yang putus kira kalah.
Rupa-rupanya pucuk paku uban sedap dimakan, kalau masak lemak. Fuh.... Kalau nampak dalam semak tepi highway ni, brek "maghak" kata orang Ganu.
Maaf motor besor, jangan ikut terlalu rapat. Kami break emergency kalau nampak pucuk paku uban, pucuk midin atau pucuk paku dalam semak!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalam en is,
BalasPadambgmn nak tahu pucuk paku yg boleh dimakan atau x boleh
Boleh kenalpasti dari jenis yang kita biasa makan atau orang yang pernah makan.
PadamSaya telah menanam pucuk paku ini, dlm polibeg sesiapa ingin berkongsi idea dan tenaga dialu-alukan
BalasPadamAssalamualaikum... boleh ahu bagaimana nak dapatkan benih
PadamUstaz saaudi..boleh bagi no contact
BalasPadam