Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Oktober 2014

Makanan Yang Ditanamsendiri Tanpa Menggunakan Racun Terbaik Untuk Anak-anak

Berikan yang terbaik kepada si manja, tanamsendiri.
Ada ibu baru yang bertanya samada kami menyuap makanan bayi komersial kepada anak-anak kami.

He he, sebenarnya kami pun macam ibubapa yang lain juga, tak sabar nak suap makanan dalam botol kaca yang cantik molek kepada anak-anak.  Saya ingat lagi, pernah meyuap makanan bayi dari botol kaca kepada anak sulong.  Kemudian, bila anak buang air, tinja merah menyala.  Saya panik dan kami terus tergesa ke bilik kecemasan.  Semau orang cemas termasuk doktor.
Bila disoal, barulah saya perasan, kami bagi makan beets.  Doktor menarik nafas lega, dan semua orang di bilik kecemasan ketawa terbahak-bahak.  Tiada salah memberi makan pertama dari botol yang cantik-cantik tu.  Ia hypoallergen dan tiada ditambah perisa.
Setelah beberapa kali dikurniakan anak kecil, kami tidak lagi membeli makanan dalam botol.  Mengapa harus beli jika boleh buat sendiri.  Ya, betul, guna sayur atau buah yang ditanamsendiri untuk pastikan tiada bahan racun digunakan.

Ada yang syorkan kami tulis ebook tentang cara menyediakan makanan bayi, dan ada pula yang minta kami jual ramuan bubur nasi (serta beras organik) serta berikan cara untuk menyediakannya.  Kadang-kadang saya terfikir juga, mengapa tidak?  Sayur boleh dipetik dan terus irim, pagi esok ibu muda dah terima ramuan tersebut.  Taklah hingga tanam beras.  Beras organik memang ada banyak di pasaran.

InsyaAllah akan diusahakan agar simanja ibu-ibu muda dapat nikmati makanan pertama sebagaimana anak-anak dan cucu kami.  Tengoklah, kalau ada sambutan, akan diusahakan.  Tentang ebook, juga akan diusahakan  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan