TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Khamis, 30 Oktober 2014
Tuaian Hari Ini -- Kucai, Sawi Natsujaidin, Ulam Raja, dan Petola Ular
Tuaian hari ini dari ruang depan rumah. Saya perhatikan musim tengkujuh tak cerewet sangat penjagaan kerana air cukup, tak perlu menyiram. Cuma nak jaga baja, bimbang semua terlarut dibawa air dan serangga perosak. Menanam diruang kecil kalau ada serangga perosak boleh hapuskan dengan kutip dan musnahkan aja. Tak perlu guna racun.
Labels:
kucai,
petola ular,
sawi batang putih,
tuaian hari ini,
ulam raja
Isnin, 27 Oktober 2014
Resepi -- Spaghetti
Request dari bekas pelajar;
Cikgu... Nok mitok resepi spaghetti bule? Sedap sungguh hari tu makan...
-----------------------
Tu yang Cikgu Tun masak, memang special.
Boleh, ni resepinya....
Spaghetti
Bahan-bahan
1 paket spaghetti
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 biji bawang besar dihiris dadu kecil-kecil
2 biji tomato besar tanamsendiri atau 4 biji tomato tanamsendiri saiz sederhana dicincang
1/2 cawan daun aromatic basil tanamsendiri dihiris
1 tin kecil tomato paste
2 sudu makan minyak masak
2 keping dada ayam dihirisl
1 biji lobak merah dipotong kecil
2 batang celery dipotong kecil
1 biji kapsikum merah dipotong kecil
1 tin cendawan butang dihiris nipis
6 sudu besar minyak masak untuk menumis
3 sudu besar minyak masak untuk spageti
2 cawan air
1 sudu besar garam
1 sudu besar mixed herbs (optional)
Cara-caranya
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan minyak masak dan garam. Biarkan mendidih.
2. Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan masak sehingga lembut (lebih kurang 12 hingga 15 minit). Kacau supaya tidak melekat. Angkat, bilas dengan air sejuk dan toskan.
3. Rebus lobak merah, celery dan kapsikum sehingga lembut. Kisar dengan secawan air.
4. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
5. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
6. Masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang besar menjadi warna cerah.
7. Masukkan hirisan dada ayam. Masak selama 2 minit.
8. Masukkan cendawan butang. Masak selama 2 minit lagi.
9. Masukkan bahan yang dikisar. Masak hingga mendidih.
10. Masukkan tomato yang dicincang. Tambahkan 1 cawan air. Masak hingga mendidih.
11. Kemudian masukkan tomato paste dan garam. Jika menggunakan mixed herb, masukkan mixed herbs. Masak hingga mendidih. Masukkan hirisan aromatic basil. Renehkan sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
12. Rasa kuah. Tambah garam jika kurang masin.
13. Hidangkan spaghetti dan kuah ketika kuah masih panas.
Sabtu, 25 Oktober 2014
Paku Uban Tumbuh Melata
Dulu masa kecik, kita orang Ganu akan kutip pucuk midin dan pucuk paku untuk jadi rencah bubur lambut dan kerabu. Paku uban mana orang peduli. Tak tahu pun boleh dimakan. Mungkin sebab ada bulu halus, orang "tak berani" nak makan. Takut gatal tekak kata orang dulu dulu. kami kutip buat berlaga. Kami sangkut hujung pucuk sesama sendiri (yang berpusar) dan tarik. Pucuk siapa yang putus kira kalah.
Rupa-rupanya pucuk paku uban sedap dimakan, kalau masak lemak. Fuh.... Kalau nampak dalam semak tepi highway ni, brek "maghak" kata orang Ganu.
Maaf motor besor, jangan ikut terlalu rapat. Kami break emergency kalau nampak pucuk paku uban, pucuk midin atau pucuk paku dalam semak!
Isnin, 20 Oktober 2014
Benih Untuk Dijual -- Terung Putra, Bujur Ungu
Terung Putra
Pokok terung Putra menghasilkan buah dengan saiz yang lazim iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Buah berbentuk bujur dngan kulit bewarna ungu dengan jalur hijau muda. Buah terung putra lazimnya tiada biji dengan rasa terung yang lembut enak dimasak atau dihiris nipis dan dibuat ulam. Tuai buah ketika masih muda dengan kulit yang berkilau.
Menyemai
1. Rendam benih terung putra di dalam air suam yang bebas klorin selama 2 hingga 8 jam.
2. Semai benih di dalam lubang sedalam 1 cm dalam dulang semaian atau bekas kecil menggunakan tanah semaian atau kompos. Boleh juga gunakan Jiffy-7.
3. Sembur air dengan penyembur untuk lembapkan tanah. Letakkan dulang semaian di tempat cerah (terima cahaya matahari) untuk naikkan suhu semaian. Benih akan bercambah dalam masa 2 hingga 4 minggu.
Mengalih
1. Sementara itu sediakan bekas tanaman atau tanah untuk tanaman. Jika tanam dalam bekas, gunakan tanah atas (topsoil) yang digaul dengan pasir dan baja organik (misalnya tinja ayam, kambing, puyuh). Nisbah rumusan 2:1:1 dan peram selama 2 minggu.
2. Jika tanam di atas tanah, buat batas dan gaulkan dengan baja organik. Gaulkan 1 tin baja (tin susu pekat manis) untuk lubang setiap anak pokok. Biarkan selama 2 minggu.
3. Apabila semaian mempunyai 4 helai daun (atau 2 minggu lepas bercambah), alih anak pokok. Tanam dalam lubang sedalam 5 cm (2 inci) atau sehingga paras daun benih. Jangan padatkan tanah. Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang.
Penjagaan
1. Siram 2 kali sehari jika tanam dalam bekas atau 1 hari sekali jika tanam di atas tanah ddi hari yang tidak hujan. Pokok akan mula berbunga selepas 2 minggu dialih.
2. Merumput jika perlu.
3. Tambah baja setiap 2 minggu.
4. Pokok akan berbuah dan dapat dituai selepas 1 bulan dialih. Tuai ketika kulit buah paling berkilau.
Cara Dapatkan Benih
Untuk 5 pek benih (1 pek ada 10 benih), jumlah perlu dibayar ialah RM20, iaitu RM10 untuk benih dan RM10 untuk kendalian poslaju. Bayaran dibuat ke mana-mana akaun berikut. Kemudian SMS/WhatsApp 0175009364 atau email [email protected]
Nama, Alamat, No HP, Benih yang dipesan, Bank Pembayaran serta amaun dibayar.
Maybank
Abdul Rahman bin Iskandar
162441150114
CIMB
Zaitun Ismail
7017583738 atau
atau
Iskandar ab Rashid
Affin 205470241951, atau
BSN Giro 1010929000080825, atau
Bank Islam 12092020181754
Rujukan emel, [email protected]
Rujukan no mobile 0175009364
Buah Petola Ular
Petola ular, dah berbuah baru. Buah yang baru lbih besar dari buah sulong. Saya sangka sekali berbuah sahaja, rupa-rupanya semakin lebat.
----------------------------------
1 pek3 benih hanya RM5. Kendalian poslaju RM10. SMS/WhatsApp 0175009364 atau guna emel [email protected] untuk buat pesanan.
Woksyop Maya; Cendawan Dari Dapur (Fasa 2, Bahagian 1)
![]() |
Cendawan tumbuh dalam bahan kompos dalam bekas tanaman selepas hujan. |
Alhamdulillah setelah lama rakan-rakan sabar menunggu, kita dapat sambung aktiviti menanam atau menghasilkan cendawan dari bahan dapur.
Bila dibincangkan topik tentang cendawan ada yang respons seoalah-olah aktiviti menanam cendawan ni suatu yang "sacred" yang hanya boleh dilakukan oleh sesetengah orang sahaja.
Mereka menyangka cendawan akan tumbuh hanya bila ditanam dengan cara tertentu sahaja. Sebenarnya cendawan tidaklah cerewet. Jika ada sisa tumbuhan mati, udara lembap serta kawasan pula redup, insyaAllah cendawan akan muncul. Sebahagian besar daripada bahan pengurai adalah daripada keluarga fungi iaitu keluarga kulat/cendawan. Kita di Malaysia faham benar tentang bila (waktu) cenndawan membiak dengan banyak. Seperti kata orang dulu dulu, seperti cendawan selepas hujan.
Minggu ini, hujan hampir setiap petang. Jika rakan-rakan keluar awal pagi dan perhati kawasan daun-daun mereput saya yakin rakan-rakan akan ternampak cendawan. Saya sendiri keluar "mencari" cendawan dalam bekas tanmaman kerana saya gunakan rumpai kering sebagai sungkup. Saya dapati ada beberapa cendawan jerami tumbuh di dalamnya.
Cendawan tidak membuat makanan sendiri. Ia tak sama dengan pokok. Cendawan memakan makanan yang sedia ada, iaitu bahagian daripada tumbuhan yang telah mati. Dalam proses tersebut, cendawan membantu menguraikan bahan organik daripada tumbuhan yang mati menjadi kompos dan akhirnya menjadi humus.
Jadi, kita perlu sediakan makanan cendawan, akan disebut subtrat. Makanan tersebut mesti terdiri daripada sumber tumbuhan. Hampas kopi, jerami padi, hampas teh, surat khabar lama, kotak, semuanya sumber yang berasal dari tumbuhan. Semua boleh dijadikan makanan cendawan.
Apa lagi sumber dari tumbuhan yang boleh didapati dari dapur yang rakan-rakan rasa boleh digunakan sebagai makanan cendawan?
Bersambung....
Sabtu, 18 Oktober 2014
Benih baru -- Kailan Supra!
Ya betul, Kailan Supra.
Cepat berbunga?
Ya, berbunga dengan aroma jasmin dan enak rasanya.
Daun cantik?
Ya, cantik, rangup dengan rasa yang enak seperti kailan lain juga.
Batang yang kasar dengan isi lembut seperti jeli?
Ya, itu sudah pasti. Batangnya kasar, dan enak dihiris dan dimasak, atau dijeruk dalam kicap manis.
Betul ker ni?
Betul, Kailan Supra.
Harga mesti Supra kan?
Tak lah, harga tak selari dengan kesupraannya. Hanya RM10 untuk 5 pek. Satu pek ada 30 benih. Jadi dengan RM10 dapat sekurang-kurangnya 150 benih. Seriously.
Kendalian Poslaju RM10. Beli dengan Set Kailan, bayar RM40 sahaja dapat satu Set Kailan dan 5 pek Kailan Supra.... Poslaju percuma.
SMS/WhatsApp 0175009364 atau message melalui email [email protected] untuk pesanan. Jangan tunggu lama, nanti menyesal sebab stok terhad.
Cepat berbunga?
Ya, berbunga dengan aroma jasmin dan enak rasanya.
Daun cantik?
Ya, cantik, rangup dengan rasa yang enak seperti kailan lain juga.
Batang yang kasar dengan isi lembut seperti jeli?
Ya, itu sudah pasti. Batangnya kasar, dan enak dihiris dan dimasak, atau dijeruk dalam kicap manis.
Betul ker ni?
Betul, Kailan Supra.
Harga mesti Supra kan?
Tak lah, harga tak selari dengan kesupraannya. Hanya RM10 untuk 5 pek. Satu pek ada 30 benih. Jadi dengan RM10 dapat sekurang-kurangnya 150 benih. Seriously.
Kendalian Poslaju RM10. Beli dengan Set Kailan, bayar RM40 sahaja dapat satu Set Kailan dan 5 pek Kailan Supra.... Poslaju percuma.
SMS/WhatsApp 0175009364 atau message melalui email [email protected] untuk pesanan. Jangan tunggu lama, nanti menyesal sebab stok terhad.
Kailan
Kailan adalah sayur yang mudah tumbuh dalam iklim yang panas seperti di negara kita, Malaysia. Ia tahan penyakit, cepat dapat dituai, boleh dituai muda atau bila matang, berkhasiat dan mudah dimasak.
Kailan adalah sayur yang popular di Malaysia. Pergi kedai yang hidangkan masakan panas, goreng kailan ikan masin adalah antara menu yang top bila pesan nasi. Bukan setakat makan sebagai sayuran, ada yang masukkan kailan ke dalam juicer dan dijadikan minuman segar. Baik untuk jantung, kata sahabat saya.
Kailan tanamsendiri tak sama rasanya dengan kailan yang dibeli kerana ia dipetik dan dimakan segar. Kailan pasar sedap. Kailan tanamsendiri, lagi sedap. Maklum sajalah petik terus dimasak. Lagi manis serta enak kalau ditanam secara organik. Kalau tak organik sepenuhnya, separa organik pun ok juga.
Lihatlah sendiri, koleksi gambar kailan yang pernah dipost ke blog tanamsendiri sebelum ini.
Kailan adalah sayur yang popular di Malaysia. Pergi kedai yang hidangkan masakan panas, goreng kailan ikan masin adalah antara menu yang top bila pesan nasi. Bukan setakat makan sebagai sayuran, ada yang masukkan kailan ke dalam juicer dan dijadikan minuman segar. Baik untuk jantung, kata sahabat saya.
Kailan ni nombor satu, kata Puteri. |
Kailan tanamsendiri tak sama rasanya dengan kailan yang dibeli kerana ia dipetik dan dimakan segar. Kailan pasar sedap. Kailan tanamsendiri, lagi sedap. Maklum sajalah petik terus dimasak. Lagi manis serta enak kalau ditanam secara organik. Kalau tak organik sepenuhnya, separa organik pun ok juga.
Lihatlah sendiri, koleksi gambar kailan yang pernah dipost ke blog tanamsendiri sebelum ini.
![]() |
Sawi kailan jepun menghasilkan daun yang luar biasa besarnya. |
Kailan 2 minggu selepas disemai. |
Kailan dalam pasu kecil, berumur 2 minggu. |
Kailan selepas 1 bulan dialih, sedia untuk dituai. |
Kailan yang ditanam bersama celeri. |
Akasyah begitu bersemangat membantu. Dengan tenaga muda Akasyah dan Muhammad, kerja-kerja menjaga patch belakang rumah dapat diselesaikan dalam masa 30 minit sahaja. |
Jumaat, 17 Oktober 2014
Gambar Hari Ini -- Putik Buah Terung Putih Snow Naga
Terung putih snow naga, bakal penghias laman. Terung ni isinya padat, tak sama dengan giant naga yang berspan. Terung giant naga enak dibuat ulam, cicah budu atau sambal lada. Terung snow naga, lepas dicelur, isinya padat tapi lembut seperti meledak bila disuap ke dalam mulut. Makan terung tak pernah senikmat ini.
Labels:
gambar hari ini,
terung,
terung putih,
terung snow naga
Tuaian hari ini -- Rencah Nasi Goreng
Inilah yang seronok tentang tanamsendiri. Bila ingin makan, boleh tuai sayur dpan atau belakang rumah sahaja. Bagai pasar yang dibuka 24 jam. Tengah malam rasa nak snek kacang panjang, keluar tepi pagar, petik kacang panjang yang muda. Pagi, rasa nak makan ulam dann salad, petik sawi renek, salad, bunga telang dan tuang aja salad dressing. Nak nakan nasi goreng, uai aja bawang putih, kucai, sawi, bendi, kangkung....
Tak perlu risau tentang racun. Bagaimana pula dengan menyiram? Kan susah, bila outstation atau balik kampung di musim perayaan? Tak susah. Boleh pasang sistem irigasi automatik, sistem titis, soaker, sistem garter dan macam-macam sistem lagi. Yang menjadi soalan, nak atau tak nak?
Khamis, 16 Oktober 2014
Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kiriman Puan Farah Hafizah
Alhamdulillah hari ini kita dapat menatap gambar yang dikirim of Pn. Farah Hafizah. Ruang rumah diisi dengan tanaman dalam bekas yang tersusun rapi. Saya kagum dengan kepelbagaian jenis tanaman yang ada, dari herba, bunga dan sayur.
Saya perhati, anak pokok sawi kailan memenuhi baldi lama. Bila pokok besar, saya pasti ruang tersebut akan padat kerana sawi kailan (collard) yang matang besar saiznya.
Terima kasih Farah Hafizah kerana sudi berkongsi gambar.
Rabu, 8 Oktober 2014
Jika Pokok Mulberi tidak Berbuah, Pangkas
Jika pokok mulberi tumbuh tinggi, berdaun lebat tetapi idak berbuah, pangkas ranting dan letakkan baja organik serta siram setiap hari. InsyaAllah bila keluar tunas baru, ada putik buah.
Pangkas Udara -- Kaedah Menanam Dengan Pertumbuhan yang Galak
Sebelum ini saya sering tekankan pertumbuhan anak pokok akan lebih galak selepas anak pokok tersebut dialih. Ini kerana ketika aktiviti mengalih, sebahagian daripada akar akan terputus. Akar yang baru akan tumbuh dan oleh kerana akar masih muda, ia mampu menyerap nutrien dengan lebih efisien. Hasilnya, pertumbuhan pokok tersebut akan menjadi lebih galak.
Hari ini saya akan perkenalkan satu lagi kaedah menanam di dalam bekas yang mampu memanfaatkan pertumbuhan akar. Kaedah tersebut dinamakan pangkas udara.
Maksudnya akar dipangkas secara sendiri apabila ia terdedah kepada udara.
Dalam kaedah ini kita gunakan bekas yang berlubang di seluruh permukaan bekas. Untuk elakkan kehilangan tanah melalui lubang, kita alas dinding bekas dengan lapisan jaring halus atau bahan yang poros, misalnya kain atau kanvas.
Gunakan tanah yang kaya dengan organik. Selepas diletakkan anak pokok, akar akan tumbuh akan memenuhi bekas. Apabila akar sampai ke dinding bekas yang berlubang, pertumbuhannya akan terbantut. Ini akan menyebabkan akar yang baru akan tumbuh dan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk menyerap nutrien.
Akar yang terdedah pada udara pula akan menyerap oksigen yang diperlukan oleh pokok untuk proses respirasi. Kesannya, pokok akan tumbuh lebih subur dengan pertumbuhan yang lebih galak.
Gambar menunjukkan pokok tomato yang baru sahaja dialih ke dalam bekas menggunakan kaedah pangkas udara. Tanah yang digunakan ialah tanah kompos yang digaul kondisyener tanah dan sedikit baja pellet tinja ayam yang ditapai.
Selasa, 7 Oktober 2014
Tanaman Di Belakang Rumah
Biasanya kat belakang rumah orang di taman perumahan tak manfaatkan. Elok bagi ruang tersebut "bekerja" sedikit. Sekali sekala dapat petik buah. Jimat belanja.
Tuaian pagi ini -- Sawi Choy Sum.
Sawi ini saya semai sebulan yang lalu dalam ruang 2 X 2 kaki menggunakan batas timbun bersempadan batu blok dan diisi dengan tanah atas dan baja organik. Saya tuai sambil menjarang pokok. Jadi di peringkat awal pokok amat rapat dan padat, dituai bermula 3 minggu selepas disemai. Kini ruang tersebut semakin jarang bersesuaian dengan saiz pokok sawi.
Tuaian hari ini dijadikan rencah mee goreng.
Tuaian hari ini dijadikan rencah mee goreng.
Sabtu, 4 Oktober 2014
Gambar hari Ini -- Cambahan Asparagus
![]() |
Add caption |
Labels:
asparagus,
Asparagus officianalis,
cambahan asparagus,
gambar
Sok Benih -- Roselle, habis
Benih roselle telah habis stok. Ia akan dikeluarkan daripada senarai benih.
Jumaat, 3 Oktober 2014
Gambar Hari Ini -- Kobis Hijau
Terselit di belakang tiang pagar, dan mungkin juga telah dilupakan. Tapi pokok ini tidak mahu menyerah. Dalam diam ia terus struggle untuk hidup. Mujurlah sekarang hujan hampir selang sehari, kini kobis megah dengan hijau metallic. Dari rupa, agak rangup. Elok juga ni jika dihiris dibuat acar menggunakan cuka asli. Sekalikan dengan cili pablano ranum dan bawang.... Yummy.
Makanan Yang Ditanamsendiri Tanpa Menggunakan Racun Terbaik Untuk Anak-anak
![]() |
Berikan yang terbaik kepada si manja, tanamsendiri. |
He he, sebenarnya kami pun macam ibubapa yang lain juga, tak sabar nak suap makanan dalam botol kaca yang cantik molek kepada anak-anak. Saya ingat lagi, pernah meyuap makanan bayi dari botol kaca kepada anak sulong. Kemudian, bila anak buang air, tinja merah menyala. Saya panik dan kami terus tergesa ke bilik kecemasan. Semau orang cemas termasuk doktor.
Bila disoal, barulah saya perasan, kami bagi makan beets. Doktor menarik nafas lega, dan semua orang di bilik kecemasan ketawa terbahak-bahak. Tiada salah memberi makan pertama dari botol yang cantik-cantik tu. Ia hypoallergen dan tiada ditambah perisa.
Setelah beberapa kali dikurniakan anak kecil, kami tidak lagi membeli makanan dalam botol. Mengapa harus beli jika boleh buat sendiri. Ya, betul, guna sayur atau buah yang ditanamsendiri untuk pastikan tiada bahan racun digunakan.
Ada yang syorkan kami tulis ebook tentang cara menyediakan makanan bayi, dan ada pula yang minta kami jual ramuan bubur nasi (serta beras organik) serta berikan cara untuk menyediakannya. Kadang-kadang saya terfikir juga, mengapa tidak? Sayur boleh dipetik dan terus irim, pagi esok ibu muda dah terima ramuan tersebut. Taklah hingga tanam beras. Beras organik memang ada banyak di pasaran.
InsyaAllah akan diusahakan agar simanja ibu-ibu muda dapat nikmati makanan pertama sebagaimana anak-anak dan cucu kami. Tengoklah, kalau ada sambutan, akan diusahakan. Tentang ebook, juga akan diusahakan
Khamis, 2 Oktober 2014
Lagi Tuaian Hari Ini -- Sawi dan Bayam
Alhamdulillah, sebelah pagi dah nikmati tuaian sayur buah. Sebelah petang sayur daun pula. Rencah Koay Tiaw. Puas makan.
Oh ya, Set Sawi Renek masih ada stok. Pesan sekarang dapat buku "Mudahnya Tanam Sawi" percuma. Hanya RM30. Poslaju pun percuma juga. Mana nak dapat tawaran macam ni sekarang ni!
SMS/WhatsApp 0175009364
Tuaian Hari Ini -- Cili, Terung dan Bendi
Alhamdulillah, hari ini dapat sarapan istimewa. Bendi digoreng berempah bersama cili dan terung, dan bawang putih yang dibeli. Untuk ditambah manis saya tambah sedikit larutan manisan (gula melaka). Masakan dimakan bersama nasi lemak.
Labels:
bendi jackpot,
cili pablano,
terung putra,
tuaian hari ini
Rabu, 1 Oktober 2014
Gambar Hari Ini -- Buah Mulberi Lebat
Rahmat hujan, lebat buah. Inilah masanya untuk pangkas pokok dan tabur baja organik. Kalau pokok degil juga, sembur Booster.
Harga Booster RM10 satu unit cukup untuk 100 Kali semburan.
Kendalian poslaju RM10.
Bayar ke akaun berikut. Selepas buat bayaran Emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364 nama, alamat, barang yang dipesan, serta maklumat bayaran.
Maybank Abdul Rahman Iskandar 162441150114 atau
CIMB Zaitun Ismail 7017583738 atau
Bank islam Iskandar Ab Rashid 12092020181754
Emel [email protected]
Cili Pablano Sedang Meranum
Cili pablano dah sedia untuk dituai. Jika pokok cili subur, tapi buah tak lekat, boleh sembur Booster.
Harga Booster RM10 satu unit cukup untuk 100 Kali semburan.
Kendalian poslaju RM10.
Bayar ke akaun berikut. Selepas buat bayaran Emel [email protected] atau sms/WhatsApp 0175009364 nama, alamat, barang yang dipesan, serta maklumat bayaran.
Maybank Abdul Rahman Iskandar 162441150114 atau
CIMB Zaitun Ismail 7017583738 atau
Bank islam Iskandar Ab Rashid 12092020181754
Emel [email protected]
Labels:
cili,
cili kapitan,
gambar hari ini,
pablano
Langgan:
Catatan (Atom)