Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 10 September 2014

TOMATO



“Ada orang kata tanang tomato ni payoh. Ambe tak mboh tanang kalu pokok tu payoh. Ambe tanang hok mudoh-mudoh jer. Kalu orang tu kater tanang tomato payoh, dia wat nawok jer. Tanang tomato mudoh jer. Tak dok rahsia pong, saper saper pong buleh tanang tomato.”

Tomato atau nama latinnya Lycopersicon esculentum dipercayai berasal dari kawasan Amerika Selatan naik ke kawasan Amerika Tengah. Ia dibawa ke Eropah dalam kerun ke 16. Pada awalnya tomato ditanam sebagai pokok perhiasan. Lama juga ambil masa sebelum orang eropah memakan buahnya.

Mengapa Tanamsendiri Tomato?
Buah tomato yang ditanamsendiri secara organik dan dimakan segar mempunyai rasa yang enak, jauh beza dari rasa tomato yang dibeli yang mempunyai rasa yang tawar dan membosankan. Tomato tanamsendiri enak dimakan sebagai salad, sebagai ulam, di dalam burger, atau dimasak dalam lauk nasi.

Lagipun buah tomato berkhasiat. Benih tomato mudah bercambah, tak cerewet sangat dan buah dapat dituai dalam masa yang singkat. Buah tomato dapat dituai 80 hingga 120 hari selepas benih disemai.

Menyediakan Tanah
Nitrogen amat diperlukan di peringkat awal pertumbuhan terutamanya untuk pembentukan daun. Nitrogen juga diperlukan untuk pastikan putik buah lekat. Bagaimanapun, apabila pokok sedia untuk berbunga, kurangkan nitrogen kerana ia menyebabkan pokok penggasilkan daun yang lebat tetapi tidak menghasilkan bunga.

Fosforus diperlukan di awal pertumbuhan dan supaya buah yang dihasilkan lekat. Jika pokok kurang mendapat osforus, buah yang dihasilkan lambat matang. Fosforus boleh diperolehi daripada serbuk tulang.

Kalium pula diperlukan ketika pokok masih muda. Tabur sedikit abu hasil daripada pembakaran bahan tumbuhan. Selain daripada itu, tomato juga perlukan kalsium dan sedikit unsur yang lain. Kalsium boleh didapati daripada kulit telur, cangkerang yang dilumatkan, atau daripada kapur tawar. Bahan lain yang dapat membantu termasuk serbuk rumpai laut, kompos dan baja tinja haiwan ternakan.

Merancang
Tomato perlukan cahaya yang banyak. Di negara kita tak perlu dirisaukan sangat sebab kita terima cahaya yang banyak dalam jangkamasa yang lama., kecuali jika kita tanam di dalam bangunan. Jika di luar, tempat teduh pun sudah memadai. Jika terlalu redup, pastikan ada angin. Ini untuk elakkan serangan kulat.

Jika tanam tomato, lepas itu elakkan tanam pokok dari kumpulan yang sama. Ini untuk kurangkan risio serangan penyakit dan serangga perosak. Jadi, lepas tanam tomato elakkan menanam cili, terung, atau ubi kentang. Tanam tanaman yang lain dalam ruang tersebut.

Tomato jenis merimbun (determinate) perlukan masa 6 hingga 8 minggu sebelum dialih dari bekas semaian. Tomato jenis memanjat (indeterminate) perlukan masa 8 hingga 12 minggu sebelum dialih dari bekas semaian. Boleh juga semai terus dari bekas semaian. Untuk hasilkan tuaian yang berterusan, semai benih setiap 8 minggu. Anda boleh semai tunas yang dikerat dan direndam dalam air hingga berakar. Anak pokok daripada keratan tunas lebih cepat besar berbanding semaian daripada benih.

Membeli Semaian
Cara paling mudah dan cepat untuk dapatkan tomato ialah membeli anak pokok yang sedia ada. Ini kerana anda dapat skip proses menyemai. Bagaimanapun, pilihan terhad pada pokok yang sedia ada sahaja. Pilih cambahan yang mantap dan rendah. Cambahan yang lonjong menunjukkan ia tidak menerima cahaya matahari yang cukup. Cambahan lonjong mudah patah ketika mengalih.
Juga, elakkan membeli anak pokok yang ada tanda berbunga awal. Ini kerana ia menunjukkan anak pokok pernah mengalami stress. Paling elok beli cambahan yang masih kecil.

Semaian
Menyemai
Semai di dalam dulang rata sedalam 1 hingga 2 cm. Boleh juga semai dalam blok tanah dan dulang modular. Guna tanah adunan semaian yang diadun khas bersesuaian dengan ekas yang digunakan. (Maklumat tentang tanah adunan semaian ada di dalam Ebook “Menyediakan Tanah Adunan Semaian”, RM20 satu salinan PDF peribadi, SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.)
Letakkan bekas semaian di tempat yang terlindung dari hujan yan tdak terlalu sejuk. Benih tomato paling cepat bercambah jika diletakkan di tempat yang panas iaitu suhu antara 24 hingga 30 darjah Celsius.

Bila benih telah bercambah, alih ke tempat cerah. Ini kerana cambahan perlukan cahaya. Tika tidak mendapat cahaya yang cukup, cambahan akan tumbuh tinggi dan lonjong. Ini tidak elok kerana cambahan mudah patah ketika dialih.

Sepasang daun pertama dikenali sebagai daun benih. Rupanya tidak sama dengan daun pokok tomato yang besar, yang dikenali sebagai daun sebenar. Proses fotosintesis berlaku di dalam daun sebenar. Apabila daun sebenar telah kelihatan (daun ketiga dan keempat) , alih anak pokok tomato ke dalam bekas yang beasingan. Saya gunakan bekas pasu 10 cm (4 inci). Tanam lebih dalam, seeloknya pangkal batang ditimbus. Ini kerana bahagian yang tertimbus akan menghasilkan akar sisi. Akar sisi menyerap baja. Jadi, pokok akan dapat menyerap lebih banyak baja.
Ketika ini, pokok telah menjalankan fotosintesis. Jadi ia perlukan air, kelembapan, serta baja. Siran menggunakan air dan larutan the kompos. Letakkan satu sudu baja organik setiap minggu. Jika siram dengan larutan baja, boeh gunakan larutan baja urea menggunakan 1 sudu the baja urea di dalam 5 liter air. Siram sebelah petang.

Apabila pertumbuhan kelihatan lambat sedikit, iaitu akar telah memenuhi ruang dalam pasu kecil, anak pokok mesti dialih ke dalam bekas atau pasu besar, atau alih ke tanah.


Pengukuhan
Jika anak pokok diletakkan di tempat yang teduh, kukuhkan dulu anak pokok sebelum dialih ke tempat panas.  Kukuhkan secara beransur-ansur iaitu, mula-mula kurangkan air supaya akar sedia untuk tubuh jauh.  Kemudian alih ke tempat panas secara beransur, ansur iaitu hari pertama sejam sahaja, esoknya 2 jam, dan sterusnya semakin lama.
Dengan cara ini anak pokok akan terbiasa dengan tempat baru, dan apabila dialih, ia sudah dapat suaikan dengan tempat baru.

Mengalih
Pilih hari yang redup atau alih di sebelah petang.  Tujuannya supaya pokok tidak terkena terik matahari di hari pertama selepas dialih.
Gali lubang lebih dalam dan isikan bahan organik.  Tanam pokok dengan batang bahagian pangkal tertanam sehingga paras darun pertama.  Gunting buang daun pertama. Jika anak pokok tumbuh lonjong (tinggi), tanam bahagian pangkal dan buat alur sedalam 3 hingga 4 cm dan tanam bahagian batang di sepanjang alur sehingga baun pertama.  Gunting buang daun pertama.
Siram dan pastikan tanah sentiasa lembap sehingga pokok kukuh.  Jika perlu pasang pancvang atau sangkar tomato sebagai sokongan batang tomato.

Menanam Terus Tanpa Semaian
Negara kita iklimnya panas sepanjang masa.  Pokok tomato boleh ditanam terus ke tanah jika anda memiliki ruang yang banyak dan tidak kisah jika tidak semua tanah dimanfaatkan.  Boleh tanam di dalam pasu besar atau di atas batas.
Rendam benih selama 2 jam di dalam air suam yang bebas klorin.  Semai benih di dalam lubang sedalam 1 hingga 2 cm.

Jarak
Kebiasaannya jarak antara pokok tomato yang matang adalah di antara 45 cm hingga 90 cm jika ditanam di atas batas.  Jika tanam secara intensif jarakkan antara 45 hingga 60 cm.  Jaraakkan mengikut kesesuaian iaitu mengikut baka tomato serta kesuburan tanah.

Penjagaan
Untuk tuaian yang banyak dan bermutu, pokok tmato perlukan bekalan air dan nutrien (baja) yang mencukupi dan berterusan.  Jika kita bekalkan  apa yang diperlukan oleh pokok tomato dengan cukup, pokok tersebut akan lebih cepat berbunga, menghasilkan buah yang lebat serta besar, insyaAllah.

Menyiram
Daripada pengalaman kami, tomato tahan kering terutamanya jika ditanam di atas batas dan kebiasaannya tidak memerlukan air yang banyak.  Bagaimanapun, jika disira dengan air yag banyak, lebih banyak buah dijhasilkan serta saiznya lebih besar.  Tapi rasa buah yang dihasilkan agak tawar, seperti buah tomato yang dibeli di pasaraya.  Jika kita kurang siram, buahnya lebih jarangdan saiz lebih kecil.  Walaupun begitu, buahnya lebih manis dan enak.

Jika kita tanam tomato di atas batas, akar tomato akan tumbuh jauh ke dalam tanah.  Jadi kita tidak perlu kerap menyiram kerana aka pokok bergerak jauh ke dalam tanah mencari air.  Bagaimanapun, apabila pokok berbuah, elok disiram setiap hari.  Lebih elok lagi, siram dua kali seharri.
Oh ya, ketika menyiram, elakkan daripada menyiram di atas daun kerana daun yang basah mudah dijangkiti kulat.  Kaedah menyiram yang tidak menentu pula boleh menyebabkan buah terkena penyakit reput pangkal buah atau buah merekah akibat bengkak air.
Jadi elok juga jika dipasang sistem irigasi titis menggunakan timer yang melaraskan masa menyiram serta jagkamasa siraman.  Kaedah ini amat praktikal kerana daun tidak basah dan penyiraman adalah seragam.

Kebun Gersang
Pernah, pokok toato ditanam di kawasan yang gersang dengan jumlah hujan yang kurang tanpa sistem irigasi (pengairan).  Buah tomato yang dihasilkan dikatakan lebih manis daripada biasa.  Kita boeh gunakan kaedah ini jika mempunyai tanah yang luas kerana pokok yang ditanam dengan jarak yang lebih jauh dari biasa untuk kurangkan persaingan untuk dapatkan air.
Untuk kurangkan kehilangan air daripada permukaan tanah melalui proses sejatan, tutup permukaan tanah dengan sungkup.

Membaja
Siram pokok dengan baja rumpai laut atau teh kompos sebaik sahaja pokok menghasilkan putik buah yang pertama.  Apabila pokok berbuah, siram dengan the kompos setiap 3 hari.  Uncang teh kompos boleh didapati daripada blog tanamsendiri.com (SMS/WhatsApp 0175009364).

Sungkup
Sungkup adalah lapisan kompos atau bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah.  Ia mampu mengurangkan rumpai, serta menghalang tanah daripada kehilangan air melalui sejatan.  Ia juga mampu menghalang penyakit daripada merebak.

Penyokong/Pancang
Pokok tomato tidak perlukan penyokong.  Anda boleh biarkan pokok merayap di tanah.  Bagaimanapun kaedah ini mampu mencemarkan atau mencela buah, dan pokok kelihatan kurang kemas dan kurang enak dipandang.  Lagi pun oleh kerana pokok tomato yang tidak disokong menggunakan banyak ruang tanah, kita rugi ruang.  Tidak banyak pokok dapat ditanam dalam ruang yang tertentu.

Jadi, lebih elok jika kita pasang pancang atau kayu penyokong.  Anda boleh juga pasang sangkar dawai menggunakan dawai pagar dengan saiz petak dawai 15 cm (6 inci).  Dengan memasang pancang, kita daat tanam lebih banyak pokok.  Buah pula tidak rosak akibat terkena tanah.  Secara tidak langsung kita dapat hasilkan lebih banyak tuaian dari suatu ruang yang tertentu.  Kawasan tanaman kelihatan lebh kemas dan lebih mudah diurus.

Kebiasaannya pokok tomato dari baka tentu (determinate) ditanam tanpa pancang kerana pokok tersebut dari jenis merimbun.  Jika tanam pokok tomato dari jenis tak tentu (indeterminate), pokok tumbuh tinggi lonjong dan lebih elok dipasang pancang atau sokongan.

Dawai pagai lazimnya boleh dibeli daripada kedai hardware.  Saya lemar gunakan bagai dengan saiz [etak 15 cm dengan lebar dawai untuk buat bulatan sangkar dengan diameter 45cm (1.5 kaki) dan tinggi dawai 90 cm (3 kaki).

Jika kawasan berangi, elok huga diletakkan tiang kayu dan diikat sangkar dawai supaya tidak mudah tumbang.

Untuk kayu pancang, saya gunakan buluh yang dibelah atau kayu bendera setinggi 90 cm (3 kaki).  Kayu petai belalang yang tumbuh melata di kawasan perumahan juga sesuai digunakan.

Maklumat lanjut tentang serangan perosak dan penyakit serta cadangan cara menyelesaikan masalah tersebut ada dibincangkan di dalam Ebook “Mudahnya Tanam Tomato.”

Menuai
Buah tomato lazimnya sedia untuk dituai selepas 45 hingga 75 hari tomato berbunga.  Perbezaan waktu bergantung kepada baka tomato serta kaedah penanaman serta iklim.  Biasanya buah mengambil masa 30 hingga 45 hari untuk menjadi hujau sepenuhnya dan 15 hingga 30 hari lagi untuk meranum.  Buah tomato ranum sepenuhnya selepas seminggu bertukar warna kepada warna merah.  Lazimnya tomato tidak akan ranum jika suhu terlalu sejuk atau terlalu panas.  Maksud saya, jika suhu melebihi 30 darjah Celsius, tomao sukar meranum.

Ada yang kata, buah tomato perlukan cahaya matahari untuk meranum.  Saya berpendapat, bukannya cahaya tetapi haba.  Ini kerana saya perhatikan, kadang-kadang buah tomato yang terlindung daripada cahaya terus lebih cepat ranum daripada buah tomato yang terdedah kepada cahaya terus.

Jika bimbang tomato yang ranum sepenuhnya akan dimakan burung atau haiwan lain, anda boleh petik buah tomato seblum ia ranum sepenuhnya.  Tomato akan terus meranum walaupun telah dipetik.  Walaupun begitu, tomao yang ranum di pokok lebih ranum daripada tomato yang ranum  selepas dipetik.

Simpan buah tomato di tempat yang udara bebas mengalir untuk elakkan buah menjadi rosak atau buruk.  Jangan simpan di dalam peti sejuki.  Buah yang disimpan di luar tahan selama 2 minggu selepas dipetik.

Jika ingin simpan di dalam peti sejuk (beku), celup buah di dalam air mendidih dan siat kulitnya.  Simpan di dalam bekas plastik yang tertutup atau plastik zip dan letakkan di dalam peti ais.  Anda boleh juga simpan puri tomato di dalam peti ais.

Untuk ranumkan buah tomato, letakkan di dalam bekas bersama buah pisang yang telahranum.  Pastikan buah tidak bersentuhan sesama sendiri dan keluarkan buah yang telah rosak.

Pembenihan
Anda boleh membuat benih sendiri.  Kaedahnya dibincangkan di dalam Ebook “Mudahnya Tanam Tomato”.

Maklumat lain yang ada di dalam Ebook:
Kandungan buah tomato hijau dan kandungan buah tomato ranum,
Menanam di dalam bekas,
Suhu dan keperluan waktu,
Keperluan membaja dan menyiram,
Masalah penanaman dan penyelesaiannya,
Penanaman tanpa tanah (hidroponik), serta penyediaan larutan baja,
Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan, jika berminat untuk menanam secara komersial.








4 ulasan:

  1. set english herbs bila ada?
    dlm set tu herbs apa je yg ada??

    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah dalam sebulan lagi. Untuk set yang akan datang, masih belum ditentukan benihnya.

      Padam
  2. Assalam En Is! Dlm posting di atas, En Is ada mentioned berkenaan nitrogen, fosforus, kalium dsbnya...bleh tak En Is jelaskan dlm bahasa biasa kita, contoh bahan2 yg mengandungi unsur2 tersebut? TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Sila rujuk posting tentang nutrien.
      Dalam medan gelintar (carian), taip "nutrien".

      Padam