Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 8 September 2014

Tanamsendiri -- Bunga Matahari

Cara Menyemai Benih Bunga Matahari

Merendam
Rendam benih di dalam air suam dengan suhu antara 40 hingga 60 darjah Celsius sehingga air kembali ke suhu bilik atau selepas 2 jam direndam. Lepas merendam, terus semai.
**Untuk penyediaan air suam, isikan ½ cawan air panas mendidih, tambahkan 2 cawan air paip.

Menyemai
Gunakan tanah adunan semaian atau tanah kompos yang mampu menyimpan air.  Lembapkan tanah, jangan terlalu basah.  Tanam benih dengan bahagian tajam (bahagian tunas akar keluar) ke arah bawah di dalam lubang sedalam 5 cm.  Letakkan 1 hingga 3 benih dalam satu lubang.  Jarakkan antara lubang kira-kira 15 cm.  Jika semai di dalam dulang semaian modular, semai 3 benih dalam satu sel.  Jika gunakan jiffy-7 letakkan 2 benih dalam satu sel.  Benih akan bercambah dalam masa satu minggu.  Selepas benih tumbuh kukuh, kerat cambahan yang lemah.  Tinggalkan 1 atau 2 cambahan dalam 1 lubang.

Mengalih
Sementara itu sediakan bekas yang besar sekurang-kurangnya dengan kedalaman 30 cm.  Jika ingin alih ke tanah, gali lubang sedalam 30 cm dan gaulkan tanah yang digali dengan baja organik (pellet tinja ayam) setebal 5 cm.  Kawasan tersebut akan tertimbun keluar dengan busut setinggi 5 hingga 10 cm.  Siram dan biarkan sehingga cambahan sedia untuk dialih.  Jika ingin tanam dalam bekas, gaulkan 20 cm tanah kebun dengan 5 cm tinja ayam, isikan sehingga ¾ bekas dan siram.

Apabila cambahan telah tumbuh antara 3 hingga 4 helai daun, atau 2 minggu selepas bercambah, ia sedia untuk dialih.  Letakkan bekas semaian di tengah panas 2 hingga 3 jam sehari untuk kukuhkan cambahan.   Pastikan tanah kekal lembap.  Selepas 3 hari, alih cambahan.
Tanah ke tanah atau dalam bekas hingga ke paras set daun pertama.  Lakukan aktiviti mengalih di sebelah petang.  Siram untuk basahkan tanah tapi jangan sampai air bertakung.

Menjaga
Siram setiap hari di sebelah pagi jika tidak hujan.  Apabila kudup bunga utama keluar, kerat tunas sisi, untuk dapatkan bunga dengan saiz yang besar.  Cabut rumpai untuk elakkan persaingan air dan baja.

Menuai
Jika ingin tuai biji, tunggu sehingga pokok kering.

2 ulasan:

  1. assalamualaikum en iskandar, saya masih belum terima order saya sejak 4 sept lalu..mungkin tsilap tracking number atau alamat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam,
      Nanti Nor Zuliana hubungi melalui sms/whatsapp atau emel [email protected], kemugkinan besar kami ada buat silap semasa menyalin rekod.

      Padam