Sabtu, 27 September 2014

Soalan Pengunjung; Booster Cili

Soalan pengunjung;
En. Iskandar, bagaimanakah caranya untuk gunakan booster yang dibeli dari Tanamsendiri.com?

Booster dirumus khas untuk membantu pokok cili, terung dan tomato untuk menghasilkan bunga dengan lebih lebat serta putik buah yang kukuh dan tidak mudah gugur.  Ia mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan enzim yang membantu akar menyerap baja.  Booster juga mengandungi bahan untuk membina klorofil, iaitu bahan yang digunakan untuk menyerap tenaga cahaya serta membuat makanan.

Bancuh 1 sudu teh booster cili di dalam 1 liter air.  Simpan di dalam penyembur dan set muncung kepada semburan berkabut (mist).  Sembur pada daun di sebelah petang atau malam sahaja.  Elakkan sembur di sebelah pagi kerana lebihan larutan booster yang terkena cahaya panas boleh menyebabkan daun cili melecur.

Jika setelah sembur terdapat tanda daun melecur, itu tanda larutan terlalu pekat.  Tambah air untuk cairkan larutan.

2 ulasan: