Soalan Pengunjung;
En. Iskandar,
Boleh tak saya gunakan abu kertas yang telah dibakar sebagai baja?
----------------------------
Boleh, kertas dibuat dari tumbuhan. Jadi, kertas mengandungi nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan. Biasanya abu kertas mengandungi 5% fosforus dan 2% kalium. Ia adalah baja yang larut dalam air yang elok digunakan, tetapi guna secara perpada-pada kerana abu kertas bersifat alkali. Ia meningkatkan pH tanah.
Pilih kertas yang tidak mempunyai cetakan yang banyak kerana bimbang dakwat cetakan mengandungi toksik yang berbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan