TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Selasa, 16 September 2014
Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Tomato Ceri Milik Puan Farah
Alhamdulillah, hari ini kita dapat tatap beberapa gambar kiriman Puan Farah. Saya teruja bila terima kiriman ini kerana pokok tomato ceri yang disemai Puan Farah telah menghasilkan buah yang hampir sedia untuk dituai dan buah tersebut kelihatan amat segar dan tanpa cela.
Buah tomato ceri akan ranum selepas sebulan berputik. Walaupun lama menunggu, tomato adalah antara tanaman yang "berbaloi" jika ditanam kerana rasanya yang enak, tidak seperti buah tomato yang dijual di pasaraya. Rasanya amat berbeza. Mungkin faktor baka dan kaedah menanam. Paling best jika tomato ditanam menggunakan kaedah organik
Oy ya, jika buah terasa terlalu masam, untuk batch berikutnya tabur sedikut kapur untuk tinggikan sedikit pH tanah satu atau dua minggu sebelum tuai.
Terima kasih Puan Farah kerana sudi berkogsi gambar.
Labels:
Farah,
gambar oleh rakan tanamsendiri,
tomato,
tomato ceri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
buah menjadi sekali, sihat subur..
BalasPadamMemang puas hati.
Padam