Alhamdulillah. Hari ini kita dapat nikmati gambar kiriman Puan Dayang Suhaini. Gambar menunjukkan pokok timun jepun yang ditanam memanjat pokok mangga. Tak sangka, pokok timun jepun mampu memanjat pokok sehingga setinggi itu dan masih mampu menampung buah timun yang berat.
Menakjubkan.
Kata Dayang lagi pokok mangga tersebut dah lima tahun tapi masih belum berbuah. Tiada masalah, cantas beberapa dahan, letak baja organik banyak-banyak dan tunggu aja. InsyaAllah akan berbunga dan berbuah dengan lebat.
Terima kasih Dayang Suhaini, kerana sudi berkongsi gambar.
Hingga kini...sy blom berjaya tanam Timun akibat serangan kekabuh. Geram tengok Timun Pn.Dayang..:-)
BalasPadam