Khamis, 18 September 2014

Anak Pokok Untuk Dijual -- Pesanan Awal, Asparagus

Anak pokok asparagus ini disemia 6 bulan dahulu.

Pokok Asparagus yang kami tanam dalam kotak gabus begitu cepat pertumbuhannya.  Pokok ini disemai 6 bulan yang lalu.  Setiap rumpun berasal daripada satu benih.  Perhatikan rumpun sebelah kiri lebih banyak batang yang tumbuh berbanding rumpun di sebelah kanan menandakan ruang dalam tanah mempengaruhi pertumbuhan pokok asparagus.
Ramai yang beli benih asparagus tetapi mengadu benih tidak bercambah.  Pada pendapat saya, bukan tak bercambah tapi belum tiba waktunya untuk bercambah.  Ini kerana benih asparagus dalam keadaan biasa ambil masa 5 minggu untuk bercambah.
Jika tidak mahu risau menunggu benih samada bercambah atau tidak, biar kami aja yang cambahkan.
Buat pesanan sekarang dan kami akan kirim anak pokok 8 minggu dari sekarang.  Untuk pesanan awal, satu anak pokok harganya hanya RM2.  Pesanan minima 10 pokok. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.  Untuk anak pokok, tiada had pesanan.
Pastikan selepas buat bayaran dan mengirim nama, alamat, no hp serta maklumat pembelian, saya berikan no trekking poslaju serta tarikh anak pokok akan dikirim.

6 ulasan:

  1. masukkan saya dalam senarai ya. saya nak 10 pokok. nak bayar bila?

    BalasPadam
  2. Nak tanya, anak pokok asparagus ni ada lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada. Selepas pesanan dibuat baru kami akan semai.

      Padam
  3. Masih ada ke
    Email sye [email protected]

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ktika ini tiada. Anak semaian yang kami sediakan untuk rakan-rakan yang telah pesan juga mati kekeringan. Kami sedang buat semaian baharu menggunakan benih batch baharu tetapi kadar cambahan agak rendah. Mungkin kerana suhu panas melampau sekarang ini.

      Padam