 |
Timun mini dan ulam raja. |
Di bulan puasa ni seronok bila tanamsendiri di rumah. Maklum sajalah merata-rata jalan jem entah kenapa. Mungkin kerana bila puasa selera kita menjadi terlebih jadi tak hairanlah jika jalan jem kerana orang berpusu-pusu berebut ke pasar, pasaraya dan pasar ramadhan. Bila menanam di rumah, kita tak perlu masuk ke dalam jem untuk mendapatkan makanan yang diidamkan. Kita cuma perlu keluar ke laman rumah dan petik saja.
Di bulan puasa tahun ini kami memang agak puas makan kerana kira-kira 6 minggu sebelum puasa kami mula merancang serta mengerjakan ruang di laman rumah dengan menanam tanaman sayur dan lain-lain dengan harapan dapat dituai di bulan puasa.
Rapuh keruk krap sedap sekali, yang hebat timum mini ni tidak ada bahagian yang pahit....tq en Is...
BalasPadamYa betul, timun baka ini tidak pahit.
Padam