Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 1 Julai 2014

Soalan Rakan Pengunjung -- Benih dari Dapur

Soalan Pengunjung;
Salam En Iskandar, boleh tak kalau saya tanam daun kucai dari yang dibeli di pasar untuk dibiakkan?  Ranting cekur manis?
Pangkal lobak merah?
TYIA.
-------------------------------
Waalaikum salam,
You're welcome.
He he, bila baca soalan ni, biasanya orang yang jual benih akan berpeluh dahi.  Saya pun tersenyum dan dahi pun dah berpeluh ni.  He he.
Untuk Kucai, ada dua cara nak semai, satu menggunakan benih dan satu lagi menggunakan rizom bebawang.  Saya belum pernah cuba tanam guna daun, tapi saya pernah cuba tanam nenas guna daun, dan ia hidup dan keluar banyak cambahan nenas dari daun tersebut.  Jadi, pada pendapat saya tak mustahil guna daun, tetapi penjagaannya amat rumit.  Saya syorkan guna benih atau rizom bebawang sahaja.  Walaupun begitu agak sukar untuk dapatkan rizom bebawang kerana biasanya eniaga tak akan jual rizom kerana ia menghasilkan daun yang berterusan.
Opsyen kedua, gunakan benih.  Kami ada jual benihnya.  Untuk dapatkan benih kucai dan kucai madu, SMS/WhatsApp 0175009364.

Ranting cekur manis boleh digunakan untuk biakkan pokok cekur manis.  Seeloknya gunakan ranting yang fresh.  Dari pengalaman saya, anak pokok lebih cantik jika digunakan benih.  Walaupun kita dapat anak pokok yang cepat besar menggunakan keratan ranting, rupa anak pokok lebih cantik jika ditanam menggunakan benih.  Jadi, boleh gunakan lebihan ranting yang di beli di pasar untuk tanam cekur manis.  Saya sendiri tanam menggunakan benih.  Pertumbuhan di peringkat awal lebih lambat tetapi apabila anak pokok mencecah 15 cm, pertumbuhannya lebih galak.  Benih cekur manis juuga ada kami jual.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk dapatkan benih cekur manis.

Pangkal lobak pun boleh ditanam.  Ia akan menghasilkan tunas lobak yang baru.  Rupanya agak janggal sedikit dan daunnya lebih berserat.  Ia akan menghasilkan lobak, tapi dari pengalaman saya elok semai dari benih.  ia menghasilkan lobak dengan rupa yang lebih cantik dan rasa yang lebih enak.  Daunnya pun boleh dimakan.

Sebenarnya banyak sayur dari dapur yang boleh ditanam.  Saya pernah tanam jagung menggunakan jagung ayam, pun tumbuh.  Waktu itu benih jagung manis amat mahal harganya, jadi saya hanya mampu semai menggunakan jagung yang dijual untuk makanan ayam.

Kadang-kadang, kita akan terjumpa jagung yang kita amat suka rasa atau rupanya, jadi kita ingin semai benihnya untuk dapatkan lebih banyak jagung dengan rupa atau rasa yang sama.  Adakah ini mungkin?

Sebenarnya boleh disemai benih tersebut.  Ia akan tumbuh.  Walaupun begitu, kebanyakan jagung yang ada dalam pasaran sekarang  adalah baka kacukan (disebut hibrida).  Benih jagung yang ditanam akan tumbuh, tetapi bah yang dihasilkan mungkin tidak sama rupa atau rasa dengan buah jagung yang kita beli kerana sifat hanya satu dari sifat induk asal yang akan keluar.

Jadi, bukan tak boleh semai.... Boleh tetapi mengapa buang masa mencuba dapatkan buah yang kita tak pasti rupa dan rasanya.  Saya syorkan beli aja benih yang ada.  Benih jagung ada dijual.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.  Kami ada stok pelbagai baka yang elok.

Gambar menunjukkan cambahan jagung yang kami uji cambah tanpa dikeluarkan dari pulurnya.  Hanya untuk suka-suka.


Jagung yang diuji cambah.  Oleh kerana jagung ini adalah dari bakan hibrida iaitu kacukan, anak jagung ini kemungkinan besar tidak akan menghasilkan jagung yang serupa dengan induknya.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan