Khamis, 31 Julai 2014

Set Eksotik Kailan

Koleksi 15 pek benih kailan yang mudah disemai dan dijaga dari 5 jenis benih kailan yang istimewa. Anda akan dapat menikmati kailan tanamsendiri 6 hingga 8 minggu selepas disemai. Set ini  boleh ditanam dalam bekas tanpa perlukan kawasan bertanah. Kini anda boleh menanam sayur kailan  di rumah walaupun tinggal di tingkat atas pangsapuri.

Set ini mengandungi: 
Kailan Hong Kong (3 pek)
Kailan Tokyo (3 pek)
Sawi Kailan Jepun (3 pek)
Kailan 117 (3 pek)Jepun
Kailan OP (3 pek)

Cara Menanam:

Di mana nak tanam?
Kailan boleh tumbuh sehingga paras pinggang, jadi tanam dalam tempat yang ada ruang yang mendapat cahaya matahari. Anda boleh tanam dalam bekas. Gunakan tanah yang kaya dengan kompos yang elok salirannya.  Anda boleh gunakan tanah kebun yang kaya dengan bahan organik.  Jika tanah mengandungi terlalu banyak tanah liat, tambah sedikit pasir supaya air boleh mengalir melaluinya.  Elok juga tambah bahan organik.  Pellet baja tinja ayam, kondisyenenr tanah atau daun reput sesuai digunakan.

Bila nak tanam?
Negara kita panas sepanjang tahun, bila-bila pun boleh tanam.

Semai
Benih kailan amat kecil iaitu berbentuk bulat dengan jejari kira-kira 2mm.
Semai dalam bekas semaian atau modul semaian sedalam 2 cm. Sembur untuk basahkan benih.  Gunakan tanah kebun yang digaul dengan bahan organik (kompos) atau gunakan tanah semaian.  Benih akan bercambah dalam masa 2 hari.  Jika ingin buat tanah adunan semaian sendiri, boleh dapatkan Ebook “Menyediakan Tanah Semaian.”  Ebook dalam format PDF dan sesuai dibaca menggunakan mobil serta laptop.  Harganya hanya RM20 satu salinan peribadi.

Alih
Alih pokok selepas 6 hingga 8 hari. Hati hati ketika mengalih, jangan rosakkan akar. Jarakkan kira-kira 45 hingga 60cm (18 hingga 24 inci).  Atau letakkan satu atau 2 anak pokok dalam pasu sedalam 25 hingga 30 cm (10 hingga 12 inci).

Penjagaan
Buang rumpai selalu untuk elakkan perebutan nutrien. Siram tetapi jangan terlalu banyak. Baja dengan baja organik.  Jika ingin kekalkan lembapan tanah, tutup permukaan tanah dengan daun reput.

Tuai
Anda tidak perlu tuai seluruh pokok. Petik daun yang segar dan biarkan pokok terus tumbuh.  Gunakan unting dapur yang bersih untuk kerat tangkai daun.

2 ulasan: