Selasa, 22 Julai 2014

Menyemai Tetapi Cambahan Tak Muncul, mengapa ya?

Saya ada menerima beberapa aduan daripada rakan-rakan, benih sawi yang disemai tak tumbuh. Bila disoal, saya pun jadi buntu, sebab kaedah menyemai yang digunakan dah betul. Jadi saya pun ambil keputusan untuk ujicambah semula batch benih yang berkaitan.
Selepas disemai menggunakan tanah adunan semaian, saya puun sabar menunggu. Selepas tiga hari, benih kelihatan kembang dan mula pecah. Alhamdulillah, bisik hati, bercambah. Setelah ditunggu, benih tidak bertunas. Mungkin suhu, kerana suhu disiang hari depan rumah saya hampir mencecah 38 darjah. Sebelah malam pula 32 darjah. Panas, benih apa pun boleh mati.
Jadi saya cuba sekali lagi, kali ini tutup dengan jaring plastik hitam. Selepas seminggu, tiada tanda berlaku proses pembibitan.
Saya pun jadi buntu. Stok benih ni banyak. Ruginya kalau dibuang.
Terfikir juga, jangan-jangan air sebab air paip mengandungi klorin. Saya pernah terbaca dalam satu jurnal, jika air mengandungi klorin sesetengah benih mati.
Saya pun tak berharap sangat, jadi tabur benih satu cubit dalam bekas plastik. Walaupun satu cubit, untuk sawi dalam bekas kecil begitu, kuantitinya banyak. Kali ini saya ambil satu cawan air daripada kolam tadahan hujan dan basahkan tanah.
Tiga hari kelihatan tunas akar keluar. Nah tengoklah sendiri. Seminggu kemudian bekas penuh dengan cambahan. Sekarang timbul masalah baru, macamana nak alih ni? Rupa-rupanya air yang saya guna telah menghalang proses percambahan.
Untuk rakan-rakan yang gagal cambahkan sawi, cuba guna air yang telah ditapis, atau air yang telah dididih, iaitu air tanpa klorin.
Oh ya, jika air menjadi faktornya, untuk menyemai benih tembikai, labu, kacang, bunga matahari dan lain-lain, cumai semai terus tanpa direndam terlebih dahulu. Jika ingin rendam, gunakan air yang bebas klorin.

Semaian sawi.  Cambahan rapat sebab benih ditabur padat kerana menyangka benih tidak bernas.  


8 ulasan:

  1. Saya dh 2kali semai sawi dwarf tk menjadi. Saya syak suhu..air yg biasa digunakn utk rendaman adalh air bertapis di rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sawi tak perlu rendam kerana ia jenis yang cepat bercambah. Semasa proses pembibitan, benih perlukan oksigen. Jika ketika itu benih berada di dalam air, benih mungkin lemas kerana tidak cukup oksigen. Benih akan mati.

      Padam
  2. Saya ada semai benih Marisa.tpi,Tak bercambah .benih kena rendam dgn air suam berapa lama?Cuba cri cara semai.yang ada trus semai Di tapak semaian..harap dapat en.is Bantu Saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih markisa ambil masa yang lama untuk bercambah. Rendam dalam air suam selama 2 hingga 8 jam sahaja.
      Benih yang kami uji cambah ambil masa 4 minggu untk bercambah.

      Padam
  3. Assalamualaikum. En. Is. Sy ade menyemai benih sawi pak choy.. tp masih tidak bercambah... begitu jg dgn benih cili semerah, cili mc 11 dan carrot... semuanya disemai hari yg sm 24 /12...tp hanya bendi sj yg telah bercambah..mengapa ya en. Is?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila berikan kaedah yang digunakan, misalnya jenis tanah, tempat letak semaian, medium serta maklumat lain yang berkait.

      Padam
  4. jika air paip di campur dgn anti klorin utk akuarium tu blh tak utk hilang kan klorin nye

    BalasPadam