Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 4 Julai 2014

Masalah Daun Cili Menjadi Kuning dan Berkedut

Daun cili kekurangan nutrien kerana tanah terlalu berasid.
Kadang-kadang dalam banyak pokok cili yang ditanam, ada yang terbantut seperti ini. Daunnya menjadi kuning di antara urat-urat daun dan berkedut. Bahagian berdekatan urat kekal hijau.
Jangan risau, ini tanda pokok kekurangan magnesium. Biasanya tanah mengandungi magnesium. Kita juga boleh tambah bahan tersebut menggunakan baja. Bagaimanapun, magnesium hanya boleh diserap oleh pokok jika pH antara 5 hingga 8. Jika tanah terlalu beasid atau terlalu beralkai pokok gagal menyerap nutrien tersebut.
Jika anda syak tanah terlalu berasid, tabur sedikit kapur pertanian untuk tingkatkan pH. Sementara itu, sembur daun dengan booster cili.
Untuk tentukan pH tanah, gunakan meter pH khas untuk tanah atau campurkan air dengan tanah dan uji menggunakan pH meter atau kertas uji pH. Rakan-rakan boleh dapatkan jalur kertas uji pH dari kami. Harga 1 buku kertas pH ialah RM10. Untuk tentukan pH, celup jalur kertas uji pH dan bandingkan warna jalur kertas uji pH dengan skala pH yang disertakan.
Booster cili juga ada dijual. Harganya RM10 satu unit. Jika dibeli kedua-dua bahan tersebut, saya akan ertakan satu pek benih cili pilihan anda secara percuma. SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

3 ulasan:

  1. AsSalam En.Is..Jika order 2 bahan tersebut dan pilih cili kapitan boleh? Jumlah bayaran adalah RM30 termasuk Pos Laju betul?



    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, mana-mana jenis cili yang ada dal;am stok.

      Padam
  2. pokok saya dah banyak kene macam ni

    BalasPadam