Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 8 Julai 2014

Kos Kendalian Pos Biasa dan PosDaftar

Untuk makluman rakan-rakan kiriman untuk PosBiasa kini dikira sebagai pakej kecil walau hanya mengirim 1 pek benih.  Jadi harga setem untuk Posbiasa yang paling murah ialah RM4 dan tambahan RM4 selain daripada kos daftar untuk kiriman melalui PosDaftar.  Oleh sebab itu jumlah yang perlu dibenlanjakan untuk kiriman PosDaftar kini lebih mahal daripada jumlah untuk kiriman PosLaju.  Oleh sebab itu, untuk kendanlian PosLaju dan PosDaftar, kami kenakan pukul rata iaitu sebanyak RM10.  Mana-mana kiriman di Malaysia, tidak kira jumlah pesanan, kos kendalian PosLaju dan PosDaftar ialah RM10.
Kos setem untuk Posbiasa pula telah meningkat sebanyak 400% iaitu daripada 80sen kepada RM4.00 kerana kiriman benih (walaupun satu pek) dikira sebagai pakej kecil.  Ini menyebabkan perbelanjaan untuk kiriman benih kongsi meningkat secara mendadak.  Oleh sebab itu kami memohon maaf kerana tidak lagi mengagihkan benih kongsi secara percuma.  Benih kongsi hanya akan diberi secara percuma dengan pembelian benih.  

Harap maklum.

1 ulasan:

  1. & juga risiko menghantar poslaju , pos daftar sebelum raya ... berlaku lambakan di HQ lebih dr 1 juta katanya..jadi poslaju yg sepatutnya ambil ms 1-3 hari akan ambil masa 5-6 hari untuk waktu terdekat ini..jadi untuk pembeli harap paham jika ada kelewatan..

    BalasPadam