![]() |
Kekabuh ladybird yang bermanfaat kerana makannya ialah serangga berbadan lembut yang merosakkan pokok cili. |
Bagaimanapun pagi ini saya merasa lega kerana ternampak beberapa ekor kekabuh ladybird bergerak pantas di atas daun. Ada yang sedang memakan serangga perosak, ada pula yang sedang mengawan. Tandanya, lebih banyak kekabuh ladybird baru yang akan muncul.
Saya sememangnya menantikan kehadiran kekabuh ladybird dari jenis ini kerana ia tidak makan daun dan hanya memakan bena serta serangga perosak berbadan lembut yang lain. Kekabuh ladybird membantu mengurangkan jumlah bena dan thrip yang merosakkan tanaman cili.
Jika terjumpa larva seperti dalam gambar (di sebelah kanan), jangan dibunuh. Ia adalah larva kekabuh ladybird yang baik. Larva tersebut juga memakan bena serta serangga perosak berbadan lembut yang lain.
"Welcome my lady".
Tq info en Is, sebelum ni saya halau semua ladybird tuuu, ingatkan dianya perosak...
BalasPadamDimana boleh kita tangkap ladybird ni? Pokok cili sy diserang bena putih..
BalasPadam