Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 16 Julai 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kobis Cina

Kobis cina adalah antara sayur yang mudah dijaga dan menghasilkan tuaian yang enak dimakan, dimasak atau dibuat ulam/salad.  Terdapat beberapa baka kobis cina yang dikongsi melalui blog ini, iaitu kobis cina 663, kobis cina 636, kobis cina ong king dan kobis cina dinasti tang.  Sayur ini boleh dituai keseluruhan atau dikerat tangkai daun sepaya terus tumbuh.  Sayur kobis cina kelihatan seperti sawi dengan daun yang berkedut.  Kadang-kadang sayur ini kenali sebagai sawi kerinting atau sayur putih.  Gambar yang dipamerkan hari ini adalah kiriman Nur Azlin Fathil.  Terima kasih Puan Nur Azlin kerana sudi berkongsi gambar.

2 ulasan:

  1. Mcm mna nak halang siput babi Dari makan pokok2 sayur y ditanam .Contoh kubis China dgn lobak putih..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara yang paling berkesan ialah tabur pellet siput babi di sekeliling pasu atau sekeliling batas.

      Padam