![]() |
Booster Cili/Tomato/Terung |
Booster Cili/Tomato/Terung
Booster ini mengandungi bahan yang dapat membantu tumbuhan membina enzim yang diperlukan untuk membantu pokok menyerap nutrien (baja) dengan lebih efisien. Ia juga mengandungi bahan yang diperlukan oleh pokok untuk membina klorofil yang digunakan untuk membuat makanan dalam proses fotosintesis.
Pokok Yang Elok Disembur Booster
Jika pokok terbantut, daun bertukar menjadi kuning atau pokok subur tetapi tidak berbunga, elok disembur booster ini ke atas daun di sebelah petang setiap hari. Apabila pokok mula berbunga, sembur sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Membancuh/Menggunakan Booster
Larutkan 1 sudu teh booster di dalam 1 liter air. Laraskan muncung penyembur supaya semburan berkabut. Sembur ke atas permukaan daun di sebelah petang atau malam. Ini untuk mengelakkan daun melecur jika larutan booster masih ada ketika panas terik di waktu tengahari.
Petua Jika Pokok Berbunga Tetapi Daun Tetap Luruh
Jika selepas menyembur booster, bunga masih tidak lekat, kemungkinan besar bunga gagal disenyawa. Kebiasaannya bunga cili/tomato/terung didebunga sendiri apabila ada angin. Jika bunga gagal disenyawa, kemungkinan besar debunga tidak luruh. Cara selesaikannya, jentik batang pokok berulang-ulang berdekatan dengan bunga supaya debunga luruh dan lekat pada bahagian stigma iaitu bahagian betina bunga supaya bunga lekat.
Untuk Dapatkan Booster
Satu unit booster dijual dengan harga RM10. Tambah RM10 untuk kendalian poslaju.
SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected] untuk buat pesanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan