Halaman

Cari Blog Ini

Sabtu, 7 Jun 2014

Tanamsendiri -- Pokok Bunga Bintang (Herba Borage)

Pokok bunga bintang (atau Borage) amat cantik ditanam di laman kerana bunganya yang berwarna biru begitu contrast dengan daunnya yang hijau.
Tanam dalam bekas atau atas tanah yang mendapat cahaya penuh atau teduh sedikit sahaja.
Tanah yang sesuai adalah tanah yang kaya dengan organik yang elok salirannya. pH tanah antara 5 hingga 8.
Semai benih sedalam 1 cm (1/2 inci).  Lazimnya benih bercambah dalam masa 7 hingga 14 hari.  Jarakkan kira-kira 30 cm (1 kaki) antara lubang.  Jika semai dalam bekas, alih apabila pokok tumbuh 4 helai daun.  Hati-hati supaya tidak rosakkan akar tunjang ketika mengalih.
Apabila pokok yang besar setinggi 30cm (1 kaki), kurangkan baja organik (untuk kurangkan nitrogen) bertujuan untuk galakkan pokok supaya berbunga.
Lazimnya pokok tumbuh sehingga 45 hingga 60 cm (1.5 hingga 2 kaki) dengan lebar kawasan 45 cm (1.5 kaki).  Daun pokok bunga bintang mempunyai bulu halus yang lembut.
Tuai daun untuk dimasak segar.  Daun boleh juga dimakan mentah.  Tuai bunga selepas ia mekar sedikit.  Ia boleh dibuat salad, dibuat minuman atau dibuat halwa.

Untuk pesan benih pokok bunga bintang (Borage), SMS/WhatsApp 0175009364.

3 ulasan:

  1. saya pernah tanam borage ni. Memang cantik bunganya. Kadang-kadang saya petik dan makan, rasa macam timun. Daunnya tak pernah pula cuba makan sebab tajam berbulu-bulu. sekarang dah mati and sedang cuba nak semai semula. Tak tahulah kalau masih elok lagi benihnya.

    BalasPadam