Rabu, 25 Jun 2014

Soalan Pengunjung -- Cambahan Tinggi

Soalan pengunjung;
Salam tuan..nak tanya kenapa benih sawi yg saya semai tumbuh memanjang?
--------------------------------
Jika pokok tumbung memanjang, itu tanda cahaya tidak cukup. Alih ke tempat yang lebih cerah.

Petuanya begini, 
1. Ukur lebar dari hujung daun ke hujung daun yang satu lagi.
2. Ukur tinggi cambahan.
Jika tinggi cambahan melebihi 2 kali lebar cambahan, cambahan tersebut tidak menerima cahaya yang cukup. Jika tinggi cambahan hampir sama lebar cambahan, kuantiti cahaya yang diterima adalah perfect!

4 ulasan:

  1. Good tip! Thank you, Iskandar :-)

    BalasPadam
  2. Ok sawi sy mmg x dpt matahari yg sepatutnya..batang nya tinggi dan mudah patah...jika tak patah pun masih tak membesar dengan baik daun nya...sy dah alih ke tempat cahaya yg penuh dr pg sampai ptg...tp nmpk nya dah hampir 3 minggu perkembangan sgt perlahan...kiranya sawi2 dah bantut atau sy perlu tunggu lg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba letakkan baja yang kaya dengan nitrogen, misalnya larutan baja urea atau baja organik. Biasanya bila cambahan lonjong, saya semai yang baru sebab ketika alih cambahan mudah patah.

      Padam