TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Isnin, 30 Jun 2014
Pelbagai Jenis Labu
Pelbagai Jenis Labu
Jika rakan-rakan telah lama ikut blog/laman tanamsendiri, rakan-rakan pasti sedar terdapat pelbagai jenis labu. Jumlahnya terlalu banyak hinggakan ada antara rakan-rakan yang hubungi saya mohon pilihkan baka mana yang sesuai kerana jumlahnya terlalu banyak.
Sebelum bercerita panjang tentang labu, dalam stok kami ada beberapa kumpulan labu (Cucurbit). Kami ada menyimpan beberapa jenis labu air, labu kundur/winter melon, labu lemak manis/squash dan labu manis (pumpkin).
Kesemua labu tersebut mempunyai sulur paut (tendrils), jadi, jika ada tempat memanjat ia akan memanjat enggunakan sulur paut. Oleh sebab itu kebanyakan jenis labu memerlukan ruang yang banyak jika tidak dibiarkan memanjat.
Saiz benih labu berbeza mengikut jenis (varietas). Saiz labu air berbeza (ada labu air berbentuk panjang, berbentuk botol, berbentuk tanglung), begitu juga dengan labu kundur, labu manis dan labu lemak manis.
Bagaimanapun setiap jenis labu mempunyai bentuk yang lazim. Gambar tersebut menunjukkan bentuk labu secara amnya.
----------------------
Untuk rakan-rakan yang ingin mencuba tanam pelbagai jenis labu, saya syorkan dapatkan dari kami kerana sukar dapatkan jenis yang pelbagai di tempat lain. 1 set yang terdiri dari 6 jenis labu dari pelbagai jenis dijual dengan harga RM30. Dalam pek ini terdapat 2 jenis labu air, 1 jenis labu kundur, 1 jenis labu manis squash dan 2 jenis labu manis. Harga untuk satu set hanya RM30 termasuk kiriman melalui poslaju. SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan