Untuk selesaikan masalah ini, saya lakukan seperti berikut.
1) Gunakan dulang semaian rata, isi tanah adunan semaian kira-kira 5 cm.
2) Kemudian sembur dengan air sehingga tanah lembap.
3) Tabur benih.
4) Tabur tanah adunan semaian kira-kira 1/2 cm.
5) Sembur dengan air untuk lembapkan tanah.
6) Tutup dulang menggunakan plastik "saran wrap".
7. Ikat dengan gelang getah.
8) Letak ditempat yang cerah.
Plastik saran wrap membenarkan cahaya masuk dan memanaskan tanah. Percambahan dapat dicepatkan jika suhu tnggi dari persekitaran tetapi jangan terlalu panas.
Plastik saran wrap juga menghalang air daripada tersejat keluar. Rakan-rakan tidak lagi perlu menyiram. Ia juga memastikan tanah tidak kering walaupun sekarang cuaca kering dan panas.
Plastik saran wrap dan gelang getah yang diikat disisi dulang memastikan serangga perosak tidak dapat masuk dan memusnahkan semaian. Ia juha menghalang kucing daripada mengais tanah.
Satu lagi masalah menyemai ialah serangan kulat yang menyebabkan penyakit reput batang. Jika gunakan dulang semaian terpakai bilas dulang dengan peluntur yang dicairkan dengan nisbah 1 bahagian peluntur dengan 10 bahagian air. Keringkan dan guna. InsyaAllah langkah ini akan dapat kurangkan sedikit risiko serangan penyakit tersebut.
Catatkan jenis semaian, serta tarikh disemai. Selamat mencuba. Gambar menunjukkan dulang yang saya semai dengan 1 pek sawi menang.
![]() |
Dulang semaian ditutup dengan saran wrap untuk kekalkan lembapan, tingkatkan suhu dan halang serangga perosak daripada menyerang. |
En. Is..kalo guna bekas spt diatas tk perlu buat lubang udara ke?Cth cucuk jarum diats saran wrap..
BalasPadamTak perlu sebab kita nak maintain kelembapan dalam tray tersebut. beli benih dan bercambaha dan cambahan kukuh, buka plastik saran wrap.
PadamSy ade masalah semaian benih kcg.spt kcg buncis,kcg pnjg dll
BalasPadamKebnykknnya tk mnjd.Benih reput busuk didlm semaian..Mcm mnw ya?
Mungkin serangan kulat atau benih mati ketika merendam kerana air yang diguna berklorin yang cukup untuk membunuh embrio dalam benih.
Padam