Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 3 Jun 2014

Daun Serai Kayu, Ulam dan Sayur Dari Pokok Saka

Pucuk serai kayu, enak dibuat ulam cicah sambal.
Pernah ada rakan yang bersungut, tak seronok tanam sayur sepab penjagaannya intensif dan pokok tak tahan lama.
"Mengapa tak ada pokok ulam atau sayur yang dituai dari pokok saka?  Kan senang, tanam sekali aja dapat tuai banyak kali."
Saya cuba nak beritahu, tapi rakan saya ni dah tak beri tumpuan.  Saya faham, itu alasan sahaja kerana rakan saya tak berminat sangat untuk berkebun.  Jadi topik dibuka untuk membunuh masa sahaja.
Sebenarnya ada banyak sayur atau ulam yang boleh dituai daripada pokok saka.  Serai kayu adalah satu daripada contohtumbuhan yang saya maksudkan.  Bayangkanlah, jika ada tanah, kita tanam poikok ni dan ia tumbuh besar seperti pohon saka yang lain.  Bila tiba waktu tuaian, kita pangkas dahan dan kutip daunnya untuk dibungkus dan diedarkan.  Pohon akan semakin merimbun selepas dipangkas.
Barangkali, seperti menanam pokok duit.  Cantas dan jual.  Siapalah tak mahu senang seperti itu.
Oh ya, pucuk serai kayu, kalau dipek elok-elok, barangkali berapa ringgit ya untuk satu pek kecil?

5 ulasan:

  1. Biasa dibuat sebagai salah satu bahan ulam bagi nasi kerabu kalau di Kelantan.

    BalasPadam
  2. Mcmana nak dptkan anak pokok serai kayu ni. Boleh tolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan semaikan. Hubungi semula sebulan lagi.

      Padam
  3. Salam... ada anak semain?? Boleh Kalau saya dapat kan??

    BalasPadam
  4. Salam, ada punya semaian sedia ada? kalau ada saya nak

    BalasPadam