Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 1 Mei 2014

Soalan Pengunjung -- Cara Tangkap dan Bunuh Kekabuh Timun

Salam En. Iskandar,
Pokok menjalar yang kami tanam (timun, labu dan tembikai) telah diserang kekabuh kecil berwarna oren.  Saiznya sebesar ladybird.  Saya ingin menangkapnya tetapi sukar.  Bagaimanakah cara menangkapnya?
-----------------------------------------
Waalaikum salam.
Kekabuh timun aktif di waktu malam.  Lazimnya ia mula menyerang dengan kuantiti yang banyak di waktu magrib.  Jadi waktu yang elok untuk menangkap ialah diwaktu senja.

Kekabuh ini ada 2 set sayap.  Sayap luar keras dan digunakan sebagai pelindung.  Sayap dalam seperti selaput dan digunakan untuk terbang.  Jadi untuk terbang, kekabuh akan terjun dan buka sayap luar.  Kemudian baru ia mula terbang.  Jika ingin tangkap kekabuh dengan tangan, ini agak sukar kerana arah pergerakan adalah berbentuk U.

Jadi, isikan air ke dalam bekas, campurkan 1 susu sabun pencuci pinggan dan sesudu kecil minyak masak.  Tadah cawan di bawah daun yang ada kekabuh dan kuis kekabuh dengan jari.  Ia akan terjun dan jatuh di dalam bekas.  Sabun akan larutkan lilin yang melindungi kekabuh dan minyak akan menutup liang pernafasannya.  Kekabuh yang ditangkap akan mati.

Gambar menunjukkan hasil tangkapan yang dibuat oleh Adriana.  Terima kasih Adriana kerana sudi berkongsi gambar.
 
Bekas yang mengandungi kekabuh timun yang telah ditangkap.  Gambar milik Adriana.

1 ulasan: