Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 5 Mei 2014

Lebatkan Buah Bendi Dengan Mengerat Tunas Utama

Ada rakan yang bertanya,
"Bagaimana nak dapatkan buah yang lebat daripada hanya satu pokok?"

Jawapan pertama sudah terang lagi bersuluh.  Dapatkan benih dari baka buah lebat.  Kami ada jual bendi berbuah lebat.  Antara baka buah lebat termasuk, bendi hijau, bendi butih, dan bendi jackpot.
Saya perhatikan bendi kampung dan bendi singa juga boleh dipaksa supaya berbuah lebat.  Tapi bendi merah susah sedikit kerana buahnya jarang-jarang.

Kedua, galakkan pertumbuhan tunas sisi supaya setiap pokok ada banyak ranting.
Begini caranya.  Ketika pertumbuhan anak pokok masih galak dan telah mencecah 45 cm (1.5 kaki), kerat tunas utama, iaitu kira-kira 15 cm (6 inci).  Biarkan batang yang tinggal kira-kira 30 cm (1 kaki).  Gunakan gunting dapur atau pisau yang bersih untuk elakkan daripada jangkitan penyakit.  Lakukan aktiviti di waktu petang.  Selepas kerap tabur baja organik dan siram.  Membaja kira kira 3 hari sekali disebelah petang atau sembur dengan baja foliar.

Selepas 2 minggu dan pokok telah mempunyai banyak ranting, sembur dengan larutan baja bunga/buah atau garam epsom atau siram dengan air ikan/basuhan beras.  Jika pokok lurus mempunyai 5 biji buah yang dapat dituai, satu pokok dengan 5 ranting dengan 4 biji buah setiap ranting yang dapat dituai menghasilkan 20 biji buah setiap tuaian.  Jauh bezanya.

Oleh kerana pokok menghasilkan lebih banyak buah, ia memerlukan lebih banyak nutrien, cahaya dan air.  Letakkan pokok di tempat cahaya penuh, pastikan baja dan air cukup.

Jika nak pokok yang subur, sebelum tanam, tambah baja organik (tinja ayam) kira-kira 5 cm (2 inci) dipermukaan tanah, gaulkan dan biarkan selama 1 hingga minggu.

Oh ya, tanah juga perlu dijaga.  Pastikan ia mempunyai struktur yang elok, cukup ruang udara, sesuai untuk pertumbuhan komuniti organisma bermanfaat, pH tanah antara 6.0 hingga 8.0.

 
Pokok bendi yang dikerat tunas utama untuk menghasilkan banyak ranting.

1 ulasan:

  1. salam, saya kurang faham tunas yang mana harus dikerat? ada gambar lebih detail?

    BalasPadam