Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 8 Mei 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Pokok Hiasan Sdr Yaziz

Pokok Ati-ati yang kelihatan ceria selepas beberapa kali disiram teh kompos.  Gambar milik Sdr Yaziz Ismail.


Pokok Serumpun Emas.  Gambar milik Sdr Yaziz Ismail.


Pokok Ati-atu berdaun merah dengan warna yang "garang".  Gambar milik Sdr Yaziz Ismail.


Hari ini saya sempat pamirkan gambar kiriman Sdr Yaziz daripada Kedah.  Biasanya dipamerkan pokok sayur sahaja, kali ini saya  pamerkan pokok hiasan pula.  Pokok yang saya maksudkan ialah pokok ati-ati dan pokok serumpun emas.  Apa yang Saudara Yaziz ingin pamerkan ialah keceriaan tanaman tersebut.  Bila saya perhatikan pokok tersebut sememangnya nampak ceria, seperti tanaman selepas hujan.

Saudara Yaziz telah menyiram tanaman tersebut dengan teh kompos yang dibeli dari tanamsendiri.com.  Kata Yaziz, walaupun rumusan teh kompos dikhaskan untuk pokok sayur, ia juga amat berguna untuk pokok hiasan.

Bagaimanapun, teh kompos yang dihasilkan perlu dicairkan terlebih dahulu, iaitu satu bahagian stok teh kompos dengan 4 bahagian air.  Jika terlalu pekat daun pokok hiasan akan rosak.

Gambar berikut menunjukkan stok teh kompos yang dihasilkan oleh Sdr Yaziz.  Memang sangat pekat.  Stok teh kompos yang saya sendiri hasilkan lebih cair.  Oleh kerana teh kompos memanfaatkan hidupan seni yang memerlukan udara, jika ingin simpan lama, elok masukkan udara (buih) menggunakan pam akuarium kecil.
Larutan stok teh kompos.  Gambar milik Yaziz Ismail.

Mungkin kerana tanaman hiasan yang Sdr Yaziz siram adalah hiasan daun, pokok ketara semakin subur.  Saya telah mencuba siram pada pokok hiasan bunga.  Saya dapati pokok bunga juga elok disiram dengan teh kompos.  InsyaAllah di masa yang akan datang saya kami akan hasilkan teh kompos dengan rumusan khas untuk pokok hiasan bunga.  Bagaimanapun buat masa ini saya merasakan teh kompos sedia ada sudah memadai untuk menceriakan tanaman terutamanya tanaman sayur dan pokok hiasan.  Saya tak dapat sediakan banyak set uncang teh kompos kerana bahan ramuan dihasilkan sendiri, ambil masa kerana kekurangan ruang untuk komposkan bahan.  Buat masa ini hanya ada 30 set sahaja dalam stok kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan