TanamSendiri.com adalah blog tentang berkebun di rumah. Selain daripada maklumat, anda juga boleh dapatkan benih serta perkakas berkebun di rumah. Hubungi kami melalui emel [email protected]
Ahad, 18 Mei 2014
BIOLOGI BENIH – Bahagian 3 daripada 100
Jom kita bercerita tentang bunga. Bila bercerita tentang bunga, dari perspektif biologi, kita sebenarnya bercerita tentang seks tumbuhan kelas atas. Ia bermula dengan pertumbuhan kudup bunga. Dalam biologi ini disebut induksi kudup bunga serta proses pembezaan. Proses ini berakhir dengan pembentukan benih serta kaedah sebarannya.
Tumbuhan semusim sempurnakan proses tersebut dalam masa satu tahun. Pokok saka pula ulangi proses ini setiap tahun setelah mencapat peringkat matang untuk membiak. Secara keseluruhannya kitar yang lazim untuk tumbuhan adalah dalam masa dua tahun. Pada tahun pertama, lazimnya kudup bunga terbentuk di pertengahan musim pertumbuhan atau di awal akhir musim pertumbuhan. Jika di negara empat musim ini berlaku di pertengahhan musim padan hingga di awal musim luruh.
Dalam tahun kedua, bunga mekar. Ketika ini pendebungaan berlaku diikuti dengan persenyawaan. Embrio bertumbuh dengan cepat, jadi benih matang di pertengahan musim pertumbuhan.
Bersambung....
Dalam posting berikutnya saya akan jelaskan peringkat pertumbuhan bunga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
En Is, betul ka kalau kita nak mempercepatkan pokok buah berbunga kita taman dari keratan batang? dan kalau betul kenapa ia berlaku?
BalasPadamUmur pokok ikut umur keratan batang tersebut. Jika semai dari benih umur pokok bermula dari 0. Jika keratan dah matang untuk membiak, ia akan terus mengeluarkan bunga bila keadaan sekitar sesuai.
Padam