Ahad, 11 Mei 2014

BIOLOGI BENIH – Bahagian 2 daripada 100

Dalam bahagian 1 saya ada nyatakan tumbuhan aras tinggi terbahagi kepada dua; gymnosperm dan angiosperm.
Apakah yang saya maksudkan dengan istilah tersebut?  Perlu tahukah istilah tersebut?
Saya jawab soalan kedua dulu.  Jika serious nak faham tentang biologi benih, wajib tahu.  Ok, berbalik kepada soalan pertama.
Gymnosperm ialah tumbuhan aras tinggi yang menghasilkan benih yang terdedah.  Dalam bahasa yunani, gymnosperm bermaksud “benih atau bibit terdededah atau telanjang.”  Tanaman dari kumpulan ini tidak menghasilkan bunga.  Benih gymnosperm juga tidak dilindungi oleh isi buah.
Biasanya benih dari kumpulan ini dilindungi oleh kon, misalnya benih pokok rhu yang banyak tumbuh di persisiran pantai.  Bukan semuanya dilindungi oleh kon.  Misalnya benih ginkgo yang berwarna kuning tidak dilindungi oleh  kon.
Angiosperma pula adalah tumbuhan daripada kumpuan yang menghasilkan bunga.  Ia menghasilkan benih yang dilindungi oleh buah.
Tumbuhan angiosperm dikelaskan kepada dua kumpulan.  Tumbuhan yang benihnya menghasilkan cambahan dengan hanya sehelai daun benih dan tumbuhan yang benihnya menghasilkan cambahan dengan hanya dua helai daun benih; monokot dan dikot.

Lorr, kenapalah bunyi macam rumit aja.  Ringkaskanlah sikit....
Ok, saya ringkaskan.

Tumbuhan kelas atas (bersalur) terbahagi kepada tumbuhan
1) tak berbunga (gymnosperm) dan
2) tumbuhan berbunga (angiosperm).  Tumbuhan berbunga dikelaskan kepada dua iaitu
a) monokot yang benihnya menghasilkan satu daun benih, dan
b) dikot iaitu yang benihnya menghasilkan dua daun benih.

Contoh tumbuhan gymnosperm,
1) rhu
2) ginkgo

Contoh tumbuhan angiosperm
1) monokot
a) padi
b) jagung

2) dikot
a) rambutan
b) sawi

Mudahkan?  Ok, kita sambung dalam bahagian 3.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan