Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 6 Mei 2014

BIOLOGI BENIH – Bahagian 1 daripada 100

Saya pernah post tentang bunga tidak lama dahulu.  Mungkin sebab laras bahasa agak tinggi, ramai pembaca tertidur (termasuk saya sendiri, ia amat membosankan).  Lepas beberapa posting siri tersebut tak dapat hits yang banyak.  Saya rasa usaha tersebut sia-sia, jadi saya berhenti menulis siri tersebut. :(
Bagaimanapun untuk hasilkan pokok yang bermutu, perlu ada benih yang bermutu.  Saya merasakan rakan-rakan yang serius tentang gardening perlu faham tentang penghasilan benih yang bermutu.  Untuk memahami perkara tersebut, rakan-rakan perlu faham biologi tumbuhan terlebih dahulu.
Oleh kerana benih bermula daripada bunga, kita akan mendalami ilmu tentang bunga.
Kebanyakan dari kita secara kasar tahu sedikit sebanyak tentang cara tumbuhan menghasilkan benih.  Bagaimanapun, ia lebih bermakna kalau kita mendalami ilmu ini; maksud saya proses fisiologi dalam penghasilan benih.
Antara proses yang saya maksudkan ialah bagaimana tumbuhan menghasilkan bunga, cara bunga disenyawakan dalam proses pendebungaan, serta cara benih terbentuk sehingga matang.
Kira kita masuk kelas arr ni.
Dalam artikel ini saya akan perkenalkan sedikit istilah yang botanist (pakar yang kaji tumbuhan) gunakan untuk mengenalpasti pelbagai kumpulan buah dan benih.
Sebelum kita bincang tentang fisiologi penghasilan benih, elok kita bezakan dahulu antara kumpulan tumbuhan.  Apa yang saya maksudkan ialah tumbuhan dipecahkan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan aras tinggi dan kumpulan aras rendah.
Kumpulan aras tinggi menghasilkan biji benih, manakala kumpulan aras rendah menghasilkan spora untuk membiak.  Kelapa, sawi, bunga matahari tergolong dalam tumbuhan aras tinggi sebab menghasian biji benih.  Paku-pakis dan lumut adalah kumpulan tumbuhan aras rendah sebab ia menghasilan spora.
Dalam siri ini kita akan bincangkan tentang kumpulan aras tinggi sahaja.  Kumpulan aras rendah, sabar dulu deh....
Kumpulan aras tinggi dibahagikan pula kepada dua iaitu yang menghasilkan benih terdedah (gynosperm) dan yang menghasilkan benih dalam isi buah (angiosperm).

Bersambung....    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan