Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 30 Mei 2014

Hidangan Sarapan Hari Ini, Ringkas Tapi Memuaskan

Hidangan pagi ini, pulut dengan kelapa dan ikan kering, dan teh bangun-bangun.
Bila tanamsendiri, apa-apa saja hidangan akan jadi istimewa kerana mengandungi ramuan segar dari laman sendiri.  Pagi ini kami nikmati pulut dengan kelapa serta ikan kering goreng bersama daun kucai madu dan basil.  Untuk minuman pula, teh bangun-bangun yang melegakan tekak serta menenangkan.  Alhamdulillah.

Selasa, 27 Mei 2014

Tuaian Hari Ini -- Cendawan, moringa dan kucai

Daun moringa, cendawan mutiara dan kucai.
Hari ini saya menuai lambat.  Cendawan dah matang satu bongkah, jadi terpaksa dituai hari ini juga.  Sebahagian daripada cendawan dan kucai dijadikan rencah mee goreng untuk makan malam.  Moringa pula dilumatkan dan dibuat minuman protein tinggi.  Sebahagian daripada cendawan akan disimpan untuk sarapan esok.  Semuanya hasil tanamsendiri -- berbaloi.

Isnin, 26 Mei 2014

Soalan Pengunjung -- Cara Simpan Benih

Soalan pengunjung:
Salam En Iskandar. Alhamdulillah dan terima kasih, benih dah pun saya terima. Cuma nak tanya cara simpan biji benih yang baik, adakah perlu disimpan dalam peti ais?
---------------
Waalaikum salam.
Alhamdulillah.
Simpan di dalam peti sejuk, ruang biasa, bukan di dalam ruang beku.
Simpan pada suhu bilik pun ok.  Pastikan bekas kedap udara dan kering.

Ahad, 25 Mei 2014

Benih Untuk Dijual -- Tomato King Kong

Tomato king kong

Tomato baka F1 dengan saiz besar dengan tangkai berbuah lebat.  Saiz buah anggaran 5 cm.
Setiap pek mengandungi 10 biji benih. 2 pek biji benih harganya RM10.

Untuk pesan SMS/WhatsApp 0175009364 atau klik pautan berikut.

Cara Memesan Benih 

Jumaat, 23 Mei 2014

Tuaian Hari Ini -- Pelbagai Jenis Kailan

Puteri dengan tuaiannya, pelbagai jenis kailan.
Semalam, kami tuai sebahagian daripada kailan yang kami tanam di ruang parkir dengan menyusun batu blok.  Ruang tanaman ialah 2 X 1 kaki (60 X 30 cm).  Banyak juga yang dapat kami tuai.  Jika diperhatikan, rupa ruang tak jejas walaupun sebahagian daripada kailan telah dituai.  Tuaian menggunakan kaedah kerat dan tumbuh lagi.

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Labu Fajar

Labu Fajar, gambar milik Sdr Azali Osman
Hari ini saya pamerkan gambar kiriman Sdr Azali Osman.  Gambar menunjukkan tuaian labu manis fajar.  Labu manis fajar saiznya tak besar sekira 800g hingga 1.5 kg.  Isinya padat dengan rasa lemak manis.  Memang enak dimakan.  Buah yang dihasilkan pula lebat.  labu ini berbentuk butternut squash denagn kulit berwarna perang dengan corak batik.

Terima kasih Sdr Azali kerana sudi berkongsi gambar.

Ahad, 18 Mei 2014

Benih Untuk Dijual -- Labu Kundur Baka Siam

Benih labu kundur.
Labu kundur kelihatan seperti timun saiz besar dengan kulit hijau berdebu putih.  Buahnya enah digoreng, dibuat sup atau dijadikan pemekat kuah.  Ia juga enak dika disira dan dijadikan halwa.

1 pek mengandungi 5 benih dijual dengan harga RM5/pek.  Hubungi SMS/WhatsApp 0175009364 utuk membuat pesanan.

Cara memesan benih

BIOLOGI BENIH – Bahagian 3 daripada 100


Jom kita bercerita tentang bunga.  Bila bercerita tentang bunga, dari perspektif biologi, kita sebenarnya bercerita tentang seks tumbuhan kelas atas.  Ia bermula dengan pertumbuhan kudup bunga.  Dalam biologi ini disebut induksi kudup bunga serta proses pembezaan.  Proses ini berakhir dengan pembentukan benih serta kaedah sebarannya.

Tumbuhan semusim sempurnakan proses tersebut dalam masa satu tahun.  Pokok saka pula ulangi proses ini setiap tahun setelah mencapat peringkat matang untuk membiak.  Secara keseluruhannya kitar yang lazim untuk tumbuhan adalah dalam masa dua tahun.  Pada tahun pertama, lazimnya kudup bunga terbentuk di pertengahan musim pertumbuhan atau di awal akhir musim pertumbuhan.  Jika di negara empat musim ini berlaku di pertengahhan musim padan hingga di awal musim luruh.

Dalam tahun kedua, bunga mekar.  Ketika ini pendebungaan berlaku diikuti dengan persenyawaan.  Embrio bertumbuh dengan cepat, jadi benih matang di pertengahan musim pertumbuhan.

Bersambung....

Dalam posting berikutnya saya akan jelaskan peringkat pertumbuhan bunga.

Jumaat, 16 Mei 2014

Gambar Hari Ini -- Moringa dililit Labu Manis

Moringa dan labu manis antara tanaman yang galak pertumbuhannya.

Moringa dililit labu manis. Dua-dua ni boleh dibuat sayur. Kalau buat sayur air, letak bawang putih, hiris cili merah, garam sikit.... Owh memang menyelerakan. Ratah begitu saja pun ok, tak perlu tunggu nasi.

Alatan Untuk Dijual -- Klip Tanaman

Klip tanaman memudahkan kerja mengikat tanaman ke pancang.  Klip dibuat daripada plastik yang tahan kelesuan cuaca dan boleh diguna semula.  Tanaman kelihatan lebih kemas. Amat sesuai digunakan untuk mengikat pokok tomato, cili, terung, sawi, dan tanaman yang mudah rebah terkena hujan atau bila buah terlalu berat.

1 pek mengandungi 10 klip, dijual dengan harga RM2. Jumlahkan nilai pesanan, tambah RM10 untuk kendalian poslaju. SMS/WhatsApp 0175009364

Klip tanaman memudahkan kerja mengikat tanaman ke pancang penyokong.


Khamis, 15 Mei 2014

Proses Pelelasan Pada Benih yang Berkulit Keras

Hari ni semai benih sawi 88 dan salad itali dalam pasu.
Benih terung ambil masa nak bercambah. Musim begini ada burung yang nakal singgah kutip benih yang belum bercambah. Mungkin ingat kita sengaja tabur benih untuk mereka makan. Jadi elok dicambahkan di dalam rumah. Untuk terung, saya akan pracambah dulu. Bila ada tanda keluar akar, baru semai dalam dulang semaian.
Benih nona dan markisa pula disalut kulit keras. Jika semai, benih lambat serap air, jadi lambat bercambah. Caranya kita perlu lukakan benih tersebut supaya air dapat diserap dengan mudah.
Proses ini disebut proses "pelelasan" atau dalam bahasa inggeris "scarification".

Isnin, 12 Mei 2014

Tuaian Semalam -- Kobis Cina Ong King, Salad Pepperomia, dan Cendawan Tiram

Tuaian dijadikan ulam nasi ayam.

Nasi ayam yang dijadikan bekal untuk makan bersama anak di kem PLKN semalam.


Semalam (Ahad) tuaian dibuat sebelah tengahari, iaitu sebelum berkunjung ke kem PLKN untuk melawat anak yang sedang dalam latihan.  Sayur dijadikan ulam nasi ayam.  Memang puas hati makan bila ulam yang digunakan dipetik segar dari ruang di laman rumah.

Ahad, 11 Mei 2014

BIOLOGI BENIH – Bahagian 2 daripada 100

Dalam bahagian 1 saya ada nyatakan tumbuhan aras tinggi terbahagi kepada dua; gymnosperm dan angiosperm.
Apakah yang saya maksudkan dengan istilah tersebut?  Perlu tahukah istilah tersebut?
Saya jawab soalan kedua dulu.  Jika serious nak faham tentang biologi benih, wajib tahu.  Ok, berbalik kepada soalan pertama.
Gymnosperm ialah tumbuhan aras tinggi yang menghasilkan benih yang terdedah.  Dalam bahasa yunani, gymnosperm bermaksud “benih atau bibit terdededah atau telanjang.”  Tanaman dari kumpulan ini tidak menghasilkan bunga.  Benih gymnosperm juga tidak dilindungi oleh isi buah.
Biasanya benih dari kumpulan ini dilindungi oleh kon, misalnya benih pokok rhu yang banyak tumbuh di persisiran pantai.  Bukan semuanya dilindungi oleh kon.  Misalnya benih ginkgo yang berwarna kuning tidak dilindungi oleh  kon.
Angiosperma pula adalah tumbuhan daripada kumpuan yang menghasilkan bunga.  Ia menghasilkan benih yang dilindungi oleh buah.
Tumbuhan angiosperm dikelaskan kepada dua kumpulan.  Tumbuhan yang benihnya menghasilkan cambahan dengan hanya sehelai daun benih dan tumbuhan yang benihnya menghasilkan cambahan dengan hanya dua helai daun benih; monokot dan dikot.

Lorr, kenapalah bunyi macam rumit aja.  Ringkaskanlah sikit....
Ok, saya ringkaskan.

Tumbuhan kelas atas (bersalur) terbahagi kepada tumbuhan
1) tak berbunga (gymnosperm) dan
2) tumbuhan berbunga (angiosperm).  Tumbuhan berbunga dikelaskan kepada dua iaitu
a) monokot yang benihnya menghasilkan satu daun benih, dan
b) dikot iaitu yang benihnya menghasilkan dua daun benih.

Contoh tumbuhan gymnosperm,
1) rhu
2) ginkgo

Contoh tumbuhan angiosperm
1) monokot
a) padi
b) jagung

2) dikot
a) rambutan
b) sawi

Mudahkan?  Ok, kita sambung dalam bahagian 3.

Bersambung....

Jumaat, 9 Mei 2014

Benih Yang Ingin ditonjolkan hari ini, Cili Padi Centil

Hari ini ingin tonjolkan benih cili yang menghasilkan buah yang sangat lebat. Cili padi ini mempunyai pedas sederhana.
5 pek (10 benih/pek) benih + booster pelebat buah, hanya RM30. Harga termasuk kendalian poslaju. Cara menanam disertakan.
SMS/WhatsApp 0175009364

Buah kecil menuding ke atas dengan berat setiap buah sekitar 3g.

Cili centil dengan buah yang lebat.

Stok Benih -- Benih Betik Sekaki Habis Stok

Untuk makluman rakan-rakan, benih betik sekaki telah kehabisan stok.  InsyaAllah saya akan cuba dapatkan stok baru dengan kadar yang segera.  Sementara itu benih betik lain masih ada stok.

BETIK (5 benih/pek)
1.     Betik kampong (RM2/pek)
2.    Betik kecil OP (RM2/pek)
3.    Betik longevity (buah panjang) (RM2/pek)
4.    Betik sekaki (RM2/pek) (Habis stok)

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Radish Hasil Siraman Teh Kompos

Gambar yang dipamerkan kali ini adalah kiriman Ira Mohd Faiz yang kini berada di Arab Saudi.  Gambar yang maksudkan ialah tuaian lobak putih (radish) baka merah.  Apa yang menarik perhatian saya ialah tanaman tersebut disiram teh kompos yang dibeli dari tanamsendiri.com.  Kali ini uncang teh kompos terbang jauh hingga ke Timur Tengah.

Kata Ira, selepas disiram dengan teh kompos, pertumbuhan sayur tanamannya tumbuh dengan galak.  Dalam masa yang singkat Ira telah mendapat tuaian yang segar daripada tanaman yang subur.
Terima kasih Ira kerana sudi berkongsi gambar melalui blog ini.

Bungkusan teh kompos yang dibawa ke Arab Saudi.  Gambar milik Ira Mohd Faiz.

Pokok lobak putih baka merah yang ditanam di Arab Saudi disiram dengan teh kompos.  Gambar milik Ira Mohd Faiz.

Tuaian lobak putih baka merah hasil siraman teh kompos.  Gambar milik Ira Mohd Faiz.

Khamis, 8 Mei 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Pokok Hiasan Sdr Yaziz

Pokok Ati-ati yang kelihatan ceria selepas beberapa kali disiram teh kompos.  Gambar milik Sdr Yaziz Ismail.


Pokok Serumpun Emas.  Gambar milik Sdr Yaziz Ismail.


Pokok Ati-atu berdaun merah dengan warna yang "garang".  Gambar milik Sdr Yaziz Ismail.


Hari ini saya sempat pamirkan gambar kiriman Sdr Yaziz daripada Kedah.  Biasanya dipamerkan pokok sayur sahaja, kali ini saya  pamerkan pokok hiasan pula.  Pokok yang saya maksudkan ialah pokok ati-ati dan pokok serumpun emas.  Apa yang Saudara Yaziz ingin pamerkan ialah keceriaan tanaman tersebut.  Bila saya perhatikan pokok tersebut sememangnya nampak ceria, seperti tanaman selepas hujan.

Saudara Yaziz telah menyiram tanaman tersebut dengan teh kompos yang dibeli dari tanamsendiri.com.  Kata Yaziz, walaupun rumusan teh kompos dikhaskan untuk pokok sayur, ia juga amat berguna untuk pokok hiasan.

Bagaimanapun, teh kompos yang dihasilkan perlu dicairkan terlebih dahulu, iaitu satu bahagian stok teh kompos dengan 4 bahagian air.  Jika terlalu pekat daun pokok hiasan akan rosak.

Gambar berikut menunjukkan stok teh kompos yang dihasilkan oleh Sdr Yaziz.  Memang sangat pekat.  Stok teh kompos yang saya sendiri hasilkan lebih cair.  Oleh kerana teh kompos memanfaatkan hidupan seni yang memerlukan udara, jika ingin simpan lama, elok masukkan udara (buih) menggunakan pam akuarium kecil.
Larutan stok teh kompos.  Gambar milik Yaziz Ismail.

Mungkin kerana tanaman hiasan yang Sdr Yaziz siram adalah hiasan daun, pokok ketara semakin subur.  Saya telah mencuba siram pada pokok hiasan bunga.  Saya dapati pokok bunga juga elok disiram dengan teh kompos.  InsyaAllah di masa yang akan datang saya kami akan hasilkan teh kompos dengan rumusan khas untuk pokok hiasan bunga.  Bagaimanapun buat masa ini saya merasakan teh kompos sedia ada sudah memadai untuk menceriakan tanaman terutamanya tanaman sayur dan pokok hiasan.  Saya tak dapat sediakan banyak set uncang teh kompos kerana bahan ramuan dihasilkan sendiri, ambil masa kerana kekurangan ruang untuk komposkan bahan.  Buat masa ini hanya ada 30 set sahaja dalam stok kami.

Menyiram, Bahagian 32 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

CARA MENYIRAM
Air patut disiram hanya setakat ia boleh penuhkan tanah secepat mungkin.  Maksudnya siraman mestilah lembut, seperti hujan yang tidak terlalu lebat, tapi tidak terlalu halus hingga air hilang dalam bentuk kabut.  Jika siram terlalu laju, air mungkin akan bertakung dan akan merosakkan struktur permukaan tanah.  Apabila air kering kerak akan terbentuk pada permukaan tanah.  Ini akan menghalang air daripada memasuki tanah apabila disiram kemudian.  Kerak juga menghalang udara daripada masuk ke dalam tanah.  Air yang disiram akan mengalir ke tempat lain di sepanjang permukaan tanah yang berkerak dan ini membazir air.

Apabila permukaan tanah menemui titik tepu dan anda boleh nampak renip renip kilau air, henti menyiram sementara hingga air meresap masuk ke dalam tanah.  Jika anda gunakan sistem siraman overhed, ia lakukan ini secara automatik.

Satu daripada ralat yang dilakukan oleh orang baru ketika menyiram (terutamanya menyiram secara manual) ialah menyiram sehingga air kelihatan basah rata pada permukaan tanah dan terus menyiram di tempat yang baru.  Apa yang kita nampak kadang-kadang bukannya perkara sebenar.  Ini kerana walaupun pada permukaan tanah kelihatan basah, bahagian dalam (misalnya 1 inci dalam tanah) mungin masih kering.

Jika anda lakukan begini setiap kali menyiram, akar mungkin tidak akan merayap jauh ke dalam tanah.  Akibatnya pokok mungkin mudah mudarat bila tanah kering.  Anda perlu pastikan bahagian dalam tanah juga basah supaya akar tanaman tumbuh dalam.  Jika tanah kering, tanaman masih dapat mecari air di bahagian dalam tanah.

Masalah ketara bila anda tidak menyiram selama beberapa hari, pokok akan cepat layu dan mungkin akan mati.  Jika akar dalam, walaupun anda gagal menyiram, bahagian dalam tanah mungkin masih mengandungi air dan akar dapat menyerapnya kerana akar tanaman tersebut tumbuh dalam.

Ketika menyiram pastikan anda siram ruang sudut dan sisi batas secukupnya kerana bahagian ini lazimnya cepat kering.  Begitu juga bahagian cerun yang tidak mengadap punca air, ia kadang-kadang tidak mendapat air yang cukup.  

Ada tanaman yang gemar jika anda siram ke atas daun. Tapi pastikan air siraman yang terkena pada daun kering dengan cepat terutamanya jika anda siram di waktu awal pagi atau malam.  Jika tanaman mudah kena penyakit, elakkan menyiram di atas daun pada waktu begini.

Jika anda gunakan sistem penyembur, elok letakkan balang tolok penyukat hujan.  Jika hari hujan, hentikan sistem penyembur.

Jika mnyiram guna getah paip, ketika tarik getah paip, hati hati.  Elakkan getah paip daripada terseret pokok ketika menarik getah paip tersebut.  Pokok mungkin patah bila terseret.

Gambar Kiriman Rakan Tanamsendiri -- Tomato oleh Ira Mohd Faiz

Hari ini kita bertuah kerana dapat menatap gambar kiriman Ira Mohd Faiz dari Arab Saudi.  Walaupun iklim di sana panas dan kering, semangat Ira untuk tanamsendiri di rumah tidak pudar.

Gambar menunjukkan pokok tomato yang sedang berbuah.  Batch pertama buah tomato terdapat kesan pecah di sisinya.  Kulit di kawasan yang pecah menjadi lebih keras dari biasa.
Ini adalah tanda kekurangan kasium.  Lazimnya ini berlaku apabila pokok tidak mendapat air yang cukup di waktu tanah kering. Untuk Ira yang berkebun di rumah di Arab Saudi, ini memanglah ketara kerana suku setempat ketika itu mencecah 45oC, amat panas!

Selepas mengatur semula kaedah menyiram, Ira telah berjaya mendapat pokok yang cantik dengan buah yang segar.  Oh ya, Ira juga menyiram pokok tersebut dengan teh kompos.Terima kasih Ira kerana sudi berkongsi gambar.

Pokok tomato sedang berbuah.  Gambar kiriman Ira Mohd Faiz.

Buah rosak kerana pokok tidak mendapat air yang cukup.  Gambar milik Ira Mohd Faiz.


Pokok menghasilkan buah yang sempurna selepas mendapat siraman air yang cukup dan lebih teratur. 

Soalan Pengunjung -- Serangga Putih

Assalamualaikum En. Iskandar,

Pokok tomato saya diserang serangga putih berdebu.  Badanya berkulit lembut.  Mengapakah serangan ini berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya?

---------------------------------------------------
Waalaikum salam,
Serangga putih berdebu tersebut ialah koya-kora atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai mealy bug.
Serangga ini menyerang pokok tomato yang stress, biasanya akibat haus di waktu tengahari.  Lazimbya serangga ini tidak menyerang pokok yang subur tanpa stress.  Semut juga ada membawa serangga ini dengan tujuan untuk berkongsi cecair yang diserap oleh serangga ini.
Untuk mengatasinya, pastikan tanah tidak kering terutamanya di waktu tengahari.  Kutip serangga tersebut dan musnahkan.  Jika ada banyak, sembur dengan larutan pencuci pinggan dan minyak masak.  Pautan untuk rumusan larutan tersebut adalah seperti berikut:
http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html

Koya-koya menyerang tomato.  Gambar milik Ira Mohd Faiz.

Rabu, 7 Mei 2014

Klip Video, Cara Saya Lakukan Pendebungaan Manual

Tumbuhan impot lazimnya jarang didebunga oleh serangga kerana serangga yang berkait dengan pendebungaan tumbuhan tersebut tiada. Pendebungaan manual dilakukan supaya buah lekat. Anda perlu knalpasti bunga jantan yang sedang mekar dan bunga betina yang sedang mekar. Gambar dibawah menunjukkan bunga jantan dan bunga betina yang sedang mekar.

Batang labu manis berbulu halus tajam dan mampu membuatkan kulit rasa gatal jika tercucuk.  Gunakan sarung tangan kain ketika melakukan pendebungaan.  Anda juga perlukan pisau, gunting, atau pemotong yang tajam dan bersih serta tali rafia untuk melakukan pendebungaan secara manual.


Oh ya, Set Eksotik Labu Manis ada stok.  Ia mengandungi 5 jenis labu manis dan squash yang sukar diperolehi.  Satu set hanya RM30.  SMS/WhatsApp 0175009364 untuk buat pesanan.

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Semaian Pokok Bunga Harum Sundal Malam


Hari ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh Intan Fasiha.  Gambar menunjukkan semaian harum sundal malam.  Pokok ini disemai daripada bebawang rizom.  Dalam masa yang singkat, tunas serta daun telah dihasilkan.  InsyaAllah, setiap tunas akan menghasilkan satu rumpun pokok dan selepas beberapa bulan, pokok akan menghasilkan bunga yang amat harum.

Terima kasih Intan Fasiha kerana sudi berkongsi gambar.

Selasa, 6 Mei 2014

BIOLOGI BENIH – Bahagian 1 daripada 100

Saya pernah post tentang bunga tidak lama dahulu.  Mungkin sebab laras bahasa agak tinggi, ramai pembaca tertidur (termasuk saya sendiri, ia amat membosankan).  Lepas beberapa posting siri tersebut tak dapat hits yang banyak.  Saya rasa usaha tersebut sia-sia, jadi saya berhenti menulis siri tersebut. :(
Bagaimanapun untuk hasilkan pokok yang bermutu, perlu ada benih yang bermutu.  Saya merasakan rakan-rakan yang serius tentang gardening perlu faham tentang penghasilan benih yang bermutu.  Untuk memahami perkara tersebut, rakan-rakan perlu faham biologi tumbuhan terlebih dahulu.
Oleh kerana benih bermula daripada bunga, kita akan mendalami ilmu tentang bunga.
Kebanyakan dari kita secara kasar tahu sedikit sebanyak tentang cara tumbuhan menghasilkan benih.  Bagaimanapun, ia lebih bermakna kalau kita mendalami ilmu ini; maksud saya proses fisiologi dalam penghasilan benih.
Antara proses yang saya maksudkan ialah bagaimana tumbuhan menghasilkan bunga, cara bunga disenyawakan dalam proses pendebungaan, serta cara benih terbentuk sehingga matang.
Kira kita masuk kelas arr ni.
Dalam artikel ini saya akan perkenalkan sedikit istilah yang botanist (pakar yang kaji tumbuhan) gunakan untuk mengenalpasti pelbagai kumpulan buah dan benih.
Sebelum kita bincang tentang fisiologi penghasilan benih, elok kita bezakan dahulu antara kumpulan tumbuhan.  Apa yang saya maksudkan ialah tumbuhan dipecahkan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan aras tinggi dan kumpulan aras rendah.
Kumpulan aras tinggi menghasilkan biji benih, manakala kumpulan aras rendah menghasilkan spora untuk membiak.  Kelapa, sawi, bunga matahari tergolong dalam tumbuhan aras tinggi sebab menghasian biji benih.  Paku-pakis dan lumut adalah kumpulan tumbuhan aras rendah sebab ia menghasilan spora.
Dalam siri ini kita akan bincangkan tentang kumpulan aras tinggi sahaja.  Kumpulan aras rendah, sabar dulu deh....
Kumpulan aras tinggi dibahagikan pula kepada dua iaitu yang menghasilkan benih terdedah (gynosperm) dan yang menghasilkan benih dalam isi buah (angiosperm).

Bersambung....    

Isnin, 5 Mei 2014

Lebatkan Buah Bendi Dengan Mengerat Tunas Utama

Ada rakan yang bertanya,
"Bagaimana nak dapatkan buah yang lebat daripada hanya satu pokok?"

Jawapan pertama sudah terang lagi bersuluh.  Dapatkan benih dari baka buah lebat.  Kami ada jual bendi berbuah lebat.  Antara baka buah lebat termasuk, bendi hijau, bendi butih, dan bendi jackpot.
Saya perhatikan bendi kampung dan bendi singa juga boleh dipaksa supaya berbuah lebat.  Tapi bendi merah susah sedikit kerana buahnya jarang-jarang.

Kedua, galakkan pertumbuhan tunas sisi supaya setiap pokok ada banyak ranting.
Begini caranya.  Ketika pertumbuhan anak pokok masih galak dan telah mencecah 45 cm (1.5 kaki), kerat tunas utama, iaitu kira-kira 15 cm (6 inci).  Biarkan batang yang tinggal kira-kira 30 cm (1 kaki).  Gunakan gunting dapur atau pisau yang bersih untuk elakkan daripada jangkitan penyakit.  Lakukan aktiviti di waktu petang.  Selepas kerap tabur baja organik dan siram.  Membaja kira kira 3 hari sekali disebelah petang atau sembur dengan baja foliar.

Selepas 2 minggu dan pokok telah mempunyai banyak ranting, sembur dengan larutan baja bunga/buah atau garam epsom atau siram dengan air ikan/basuhan beras.  Jika pokok lurus mempunyai 5 biji buah yang dapat dituai, satu pokok dengan 5 ranting dengan 4 biji buah setiap ranting yang dapat dituai menghasilkan 20 biji buah setiap tuaian.  Jauh bezanya.

Oleh kerana pokok menghasilkan lebih banyak buah, ia memerlukan lebih banyak nutrien, cahaya dan air.  Letakkan pokok di tempat cahaya penuh, pastikan baja dan air cukup.

Jika nak pokok yang subur, sebelum tanam, tambah baja organik (tinja ayam) kira-kira 5 cm (2 inci) dipermukaan tanah, gaulkan dan biarkan selama 1 hingga minggu.

Oh ya, tanah juga perlu dijaga.  Pastikan ia mempunyai struktur yang elok, cukup ruang udara, sesuai untuk pertumbuhan komuniti organisma bermanfaat, pH tanah antara 6.0 hingga 8.0.

 
Pokok bendi yang dikerat tunas utama untuk menghasilkan banyak ranting.

Benih Untuk Dijual -- Sawi 88

Sawi 88 adalah sawi yang bersaiz biasa (bukannya sawi renek yang selalu diedar melalui blog ini).  Ia mempunyai batang kasae dengan warna hijau muda.  Sawi ini rangup dan enak dimasak, terutamanya dijadikan rencah mee goreng dan stirfry.

1 pek mengandungi 50 benih secara purata.  5 pek dijual dengan harga RM10.
Untuk pesanan SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected]

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Set Ramadhan

Set Ramadhan telah sedia dipek dan sedia untuk pesanan.  Pek ini mengandungi benih sayur yang lazimnya digunakan dalam ramuan masakan di bulan puasa.  Jika semai sekarang, sayur tersebut boleh dituai bulan ramadhan.  Sayur yang dipilih dapat dituai dalam masa 4 hingga 6 minggu.
 
Pek mengandungi 
1. Benih maman (3 pek) (masak lemak kuning/cili padi/daging salai, jeruk maman)
2. Rizom bertunas kunyit (3 rizom bertunas) (daun, untuk rendang, masak lemak ayam)
3. Kacang panjang  (3 pek) (ulam laksam, goreng, ulam dengan sambal belacan)
4. Basil (3 pek) (ulam laksam, ulam dengan sambal belacan, perisa goreng daging, perisa ikan bakar)
5.  Sawi 88 (3 pek) (Rencah mee/kuaytiau/mee hoon goreng)
6. Sawi renek (3 pek) (masak kicap, stirfry)

Harga 1 set, RM30.  Harga termasuk penghantaran melalui poslaju.  Jimat RM20 berbanding jika benih dibeli berasingan.

SMS/WhatsApp 0175009364 atau emel [email protected] untuk pesanan.

Jumaat, 2 Mei 2014

Benih Untuk Dijual -- Labu Manis Butternut Squash

Labu manis butternut squash adalah labu manis yang berbentuk botol dengan isi bahagian atas padat tanpa rongga atau benih.  Labu ini mempunyai rasa yang manis dengan waktu tuaian 60 hingga 70 hari selepas benih disemai.  Pokok merayap menggunakan sulur paut.  Selain daripada buah, kelopak bunga dan pucuk juga boleh dimakan.
Satu pek mengandungi 5 benih dijual dengan harga RM5.

SMS/WhatsApp 0175009364 untuk membuat pesanan.

Cara Memesan Benih

Benih Untuk Dijual -- Kapsikum Merah Manis Delima

Benih baru, Kapsikum Merah Manis Delima. Pokok tahan panas, hingga 34 darjah celsius. Cepat hasilkan buah, 150 hingga 200g sebiji. Saiz 10 x 8 cm. Buah boleh dipetik hijau atau ranum merah. Satu pek mengandungi 10 benih hanya RM5. Sms/WhatsApp 0175009364.

Cara Memesan Benih

Benih Kapsikum Merah Manis Delima

Khamis, 1 Mei 2014

Soalan Pengunjung -- Cara Tangkap dan Bunuh Kekabuh Timun

Salam En. Iskandar,
Pokok menjalar yang kami tanam (timun, labu dan tembikai) telah diserang kekabuh kecil berwarna oren.  Saiznya sebesar ladybird.  Saya ingin menangkapnya tetapi sukar.  Bagaimanakah cara menangkapnya?
-----------------------------------------
Waalaikum salam.
Kekabuh timun aktif di waktu malam.  Lazimnya ia mula menyerang dengan kuantiti yang banyak di waktu magrib.  Jadi waktu yang elok untuk menangkap ialah diwaktu senja.

Kekabuh ini ada 2 set sayap.  Sayap luar keras dan digunakan sebagai pelindung.  Sayap dalam seperti selaput dan digunakan untuk terbang.  Jadi untuk terbang, kekabuh akan terjun dan buka sayap luar.  Kemudian baru ia mula terbang.  Jika ingin tangkap kekabuh dengan tangan, ini agak sukar kerana arah pergerakan adalah berbentuk U.

Jadi, isikan air ke dalam bekas, campurkan 1 susu sabun pencuci pinggan dan sesudu kecil minyak masak.  Tadah cawan di bawah daun yang ada kekabuh dan kuis kekabuh dengan jari.  Ia akan terjun dan jatuh di dalam bekas.  Sabun akan larutkan lilin yang melindungi kekabuh dan minyak akan menutup liang pernafasannya.  Kekabuh yang ditangkap akan mati.

Gambar menunjukkan hasil tangkapan yang dibuat oleh Adriana.  Terima kasih Adriana kerana sudi berkongsi gambar.
 
Bekas yang mengandungi kekabuh timun yang telah ditangkap.  Gambar milik Adriana.

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kobis Hijau Semua Musim

Pokok kobis hijau baka semua musim.  Gambar milik Iela Fazillah.


Bila sebut aja kobis yang membentuk bebola, ramai antara kita menyangka perkara ini tidak mungkin dapat diperoleh kerana kobis perlukan kawasan yang dingin untuk membentuk bebola.  Sebenarnya ia tidak mustahil.  Ada baka kobis yang membentuk bebola walaupun di tanam di tempat panas.
Misalnya kobis hijau semua musim yang ditanam oleh Puan Fazillah.  InsyaAllah kobis ini akan membentuk bebola dalam masa 1 hingga 2 bulan lagi.  Gambar yang dipamerkan hari ini menunjukkan kobis yang ditanam diperkarangan rumah oleh Puan Fazillah dan suami.  Bila lihat aja gambar ini trus terlintas dalam hati, semaian berikutnya, pasti kobis.  :)

Terima kasih Puan Fazillah kerana sudi berkongsi gambar.