Salam En Iskandar,
Sebagaimana yang tuan sedia maklum, perbelanjaan untuk isi rumah kini amat besar dan ini menekan kami sekeluarga. Adakah mungkin dengan menanam sendiri di rumah dapat membantu saya menambah pendapatan? Untuk makluman tuan saya tinggal di kawasan rumah flat. Di ruang depan bangunan ada ruang kosong dan kami telah tebas sedikit ruang kira-kira 20 kaki X 5 kaki.----------------------------------
Waalaikum salam Puan,
Ya, ia tak mustahil. Oleh kerana puan ingin hasilkan pendapatan dan modal agak "tight", elok dibuat perancangan yang lebih supaya impian tersebut tercapai. Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan terlebih dahulu.
1. Jika Puan ada kerja lain, berapa lamakah masa boleh ditumpukan untuk aktiviti berkebun?
2. Oleh kerana ruang yang diambil berada di kawasan awam, bagaimanakah Puan ingin melindunginya?
3. Adakah Puan tinggal di tingkat atas, bagaimanakah caranya untuk memastikan pokok menerima air yang secukupnya?
4. Niatnya tuaian untuk makan keluarga dan untuk membuat duit. Pokok apakah yang sesuai ditanam?
5. Dimanakah atau bagaimanakah tuaian akan dijual?
InsyaAllah kita akan bincangkan topik ini bila saya ada masa terluang.
![]() |
Bendi adalah antara tanaman yang mudah ditanam dan tidak cerewet. Buahnya lebat dan menghasilkan buah yang berterusan. Mungkin tanaman ini menjadi pilihan yang sesuai. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan