Pokok tomato saya telah menghasilkan buah. Saya perhatikan akhir-akhir ini daun pokok tomato saya mula berbentuk melengkung ke arah atas. Apa yang harus saya lakukan?
![]() |
Daun pokok tomato bergulung. Gambar milik Tinie Dewi. |
---------------------------------------
Waalaikum salam.
Jika melengkung ke arah atas pada semua daun, kebiasaannya ia bukannya suatu masalah. Ini berlaku kerana pokok tomato cuba jajarkan kadar serapan cahaya matahari untuk proses fotosintesis dan transpirasi. Dengan bergulung ke arah atas, permukaan atas daun yang terdedah dapat dikurangkan sedikit. Ini mungkin kerana terlalu banyak cahaya atau pokok terlalu banyak kehilangan air melalaui transpirasi.
Tidak perlu bimbang. Yang kita bimbang, jika hanya sebahagian dain bergulung. Ini tanda daun tersebut diserang penyakit. Untuk kepastian, perhatikan permukaan daun di sebelah atas. Jika terdapat serangga halus atau daun menggerutu, kerat daun yang rosak dan bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan