Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 28 April 2014

Soalan Pengunjung -- Buah Tomato Reput Di Pangkal

Salam En Iskandar,
Pokok tomato saya telah berbuah dengan lebat.  Malangnya buah buruk di bahagian pangkal.  Adakah ini angkara serangga perosak?  Saya belah buah, tiada ulat di dalamnya.


Buah tomato yang rosak di pangkal.  Gambar milik Norsita Tugimin. Terima kasih Norsita kerana sudi berkongsi gambar.

------------------------------------------
Waalaikum salam,
Bila dikerat tiada ulat di dalamnya, ini tanda buah tidak diserang ulat.  Sebenarnya buah rosak kerana penyakit reput pangkal buah atau dalam bahasa inggeris, blossom end rot.  Ini lazimnya berlaku apabila pokok mengalami stress kekurangan air ketika putik buah sedang membentuk.  Ia juga tanda salur dalam pokok lemah kerana kekurangan kalsium.

Kutip buang buah yang rosak, dan tambah baja yang mengandungi kalsium.  Boleh juga ditabur serbuk kapur atau cangkerang/kerang/tulang yang telah dilumatkan.  Apabila pokok berbunga pastikan tanah tidak kering terutamanya di waktu tengahari.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan