Misalnya semut di dalam gambar ini yang saya ambil pagi tadi di permukaan bunga terung telunjuk. Semut-semut tersebut "menternak" bena (aphids) untuk mendapatkan cairan dari bena tersebut. Bena menyedut cecair daripada pokok terung dan semut mengambil sebahagian daripada cecair tersebut. Ia seakan-akan sama dengan kita menternak lembu dan kambing penusu. Selain daripada bena, semut juga menternak koya-koya (mealy bugs).
Aktiviti ini akan mencederakan kulit pokok yang kita tanam dan akan melemahkan pokok tersebut. Akibatnya pokok mudah diserang penyakit dan akan mati tidak lama kemudian.
Mujurlah ternakan semut tersebut daripada jenis serangga berbadan lembut, dan boleh dimusnahkan dengan semburan larutan pencuci pinggan dan minyak masak sebagaimana yang saya tunjukkan di dalam blog.
http://www.tanamsendiri.com/2011/12/semburan-makhluk-perosak.html
![]() |
Semut menternak bena. Gambar dibesarkan 2X. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan