LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEBELUM
MENYIRAM
TINGKATKAN INFILTRASI
Pecahkan kerak pada permukaan tanah sebelum
menyiram kerana ia menghalang infiltrasi air ke dalam tanah. Jika tanah tidak serap air dengan mudah, anda
boleh tambah keupayaan tanah untuk menyerap air dengan menggali lubang yang
cetek pada menggunakan garfu tanah, atau kayu tugal. Ini jika anda siram menggunakan
penyiram. Jika gunakan wayar titis, buat
alur di sepanjang wayar penitis menggunakan penggerat.
JUMLAH AIR YANG PERLU DISIRAM
Jumlah air yang perlu disiram bergantung
pada beberapa factor iaitu iklim, cuaca, jenis tanaman, jenis tanah, dan jumlah
tanaman dalam sesuatu unit ruang. Ada
yang syorkan 1 inci (2.5 cm) air setiap minggu ketika musim kemarau dan ½ inci
(1.25cm) air seminggu di musim yang ada hujan.
Tidak perlu siram di musim tengkujuh.
Bagaimanapun ia bergantung kepada lokasi, suhu dan kelembapan.
Jadi, secara kasar anda perlu siram kira-kira
1 litre air bagi setiap 1 kaki persegi. Air tersebut akan masuk ke dalam tanah
antara 15 hingga 30 cm. Untuk ketahui
samada anda siram kurang atau lebih air, perhatikan keadaan tanah dan keadaan
pokok.
Jika anda menanam secara intensif (tanaman padat)
lebih banyak air kerana tanaman hasilkan lebih banyak tuaian secara keseluruhan
dalam masa yang singkat. Mujurlah tanah
mampu menyimpan air yang lebih banyak jika tanaman padat kerana kurang air
hilang melalui sejatan dan tanah mempunyai lebih banyak bahan organic yang
mampu menyimpan lebih banyak air.
Sukat jumlah hujan menggunakan penyukat
hujan (bekas silinder dan pembaris) untuk memahami taburan hujan di kawasan
rumah anda. Ia dapat membantu anda
membuat keputusan sama ada tanaman perlu disiram pada waktu tertentu.
Tanah mempunyai keupayaan untuk menyimpan
air secara terhad. Jadi anda perlu ambil beberapa langkah supaya ia menyimpan
air hingga ke kapasiti medan iaitu keupayaan tanah menyimpan air. Jika tanah kering ia perlukan air yang banyak. Jangan siram lebih daripada keupayaan tanah
menyimpan air kerana air tersebut akan membazir. Lagipun, terlebih air akan merosakkan
struktur tanah.
TERLEBIH SIRAM
Ini akan menyebabkan akar tanaman tidak
pergi jauh membuatkan pokok lebih sensitif terhadap perubahan kandungan air.
Jika air kurang pokok akan cepat stree kerana tidak dapat menyerap air
secukupnya. Ia juga menyebabkan pokok
kekurangan nutrient kerana akar tidak merayap jauh, jadi keupayaan untuk
mencari dan menyerap nutrient juga kurang.
Lagi pun terlebih siram adalah amalan yang
membazir. Jika gunakan air paip, harga
air amat tinggi dan ini akan meningkat bil air setiap bulan.
SIRAMAN YANG TAK SEKATA
Siraman air yang terlalu banyak selepas
tanah terlalu kering secara berterusan boleh menyebabkan tuaian rosak, misalnya
buah tomato akan pecah kulit, daun salad, kobis, dan akan merekah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan