Halaman

Cari Blog Ini

Jumaat, 25 April 2014

Menyiram, Bahagian 28 Daripada 40, Dipetik daripada Ebook "Menyiram"

TANDA TEKANAN AKIBAT KEKURANGAN AIR
Anda akan pelajari bagaimana mengenali tanaman yang tertekan akibat kekurang air dengan hanya memerhati rupa tanaman tersebut.  Tekanan kekurangan air yang teruk amat jelas sebab tumbuhan layu, tetapi tumbuhan yang baru mengalamai tekanan kekurangan air menunjukkan tanda yang kurang jelas lama sebelum tumbuhan tersebut hentikan semmua aktiviti.

Apabila air sukar diperolehi, tumbuhan mula kehilangan kilau atau kesegahan pada permukaan daun.  Ia kelihatan kurang "ceria".  Apabila tekanan bertambah, ia mula nampak "jatuh" tak tidak lagi tegak seperti biasa.  Bahagian sisi daun mula kelihatan  berkedut dan tidak lagi rata.  Apabila semakin teruk, tunas utama layu dan tidak lagi menuding ke langit.  Jika lama mengalami tekanan kekurang air, tumbuhan akan mula mengjadi kering dan rapuh.

Layu bukan tanda tanah kering.  Misalnya, di waktu tengahari (panas terik) tumbuhan sengaja layu untuk kurangkan kadar kehilangan air.  Ia akan kembali segah apabila cuaca tidak lagi panas selepas tengahari.

Ada tumbuhan lebih cepat layu berbanding tumbuhan yang lain.  Misalnya, tumbuhan yang mempunyai daun yang nipis seperti pokok timun cepat layu daunnya berbanding tumbuhan dengan daun yang tebal, misalnya kailan.

Periksa tumbuhan untuk tentukan ia mengalamai tekanan kekurangan air di waktu awal pagi atau di waktu malam.  Jika tanaman layu ketika ini, itu tanda ia mengalami tekanan kekurangan air yang teruk dan tidak mendapat air yang cukup.  Jika anda siram air yang cukup tetapi pokok tetap layu, itu tanda pokok telah dijangkiti penyakit atau akar telah rosak.  Misalnya jika anda alih pasu, akar yang merayap keluar daripada pasu telah putus.  Pokok tetap layu walaupun tanah dalam pasu tersebut lembap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan