Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 24 April 2014

Menyiram, Bahagian 27 Daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

TANAMAN BEBAWANG:  Tanaman bebawang perlukan air yang paling banyak ketika masih muda dan kurang air apabila matang dan tidak perlukan air langsung sebelum menuai iaitu ketika bawang kerng.

KAEDAH MENYIRAM
PEMERHATIAN TANAH DAN TANAMAN
Cara menyiram atau pengairan yang elok ialah dengan memastikan tanaman mendapat air secukupnya mengikut keperluan, pada masa yang tepat dan tidak lebih dari itu.  Jika tanaman yang telah mendapat air yang secukupnya disiram, ia tidak mendatangkan faedah dan penggunaan air pada waktu tersebut adalah suatu pembaziran dan tidak efisien.

Sebaliknya, jika anda tidak menyiram sehingga tanaman layu, pertumbuhan tanaman tersebut terbantut atau pokok mungkin mengeluarkan bunga patu waktu yang tidak sepatutnya, dan penggunaan air juga tidak efisien.

Cara pengairan yang ideal ialah siram apabila air yang boleh diserap oleh tanaman berkurang, tetapi sebelum tanaman terpaksa berkerja lebih kuat untuk menyerap air tersebut mengikut keperluan tanaman tersebut.  Maksudnya, jika tanaman tidak mendapat air secukupnya ia akan mula layu.  Lazimnya apabila separuh daripada air yang boleh dicapai telah hilang daripada tanah,  tanah perlu disiram.  Jadi, untuk tentukan waktu yang perlu disiram perhatikan tanah dan tanaman dengan teliti.  Jangan tunggu sehingga tanaman layu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan