Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 17 April 2014

Menyiram, Bahagian 25 daripada 40, dipetik daripada ebook "Menyiram"

TANAMAN TUAIAN BUAH DAN BIJI:  Tanaman tuaian buah lazimnya menghasilkan daun yang lebat jika mendapat air yang teratur.  Bagaimana pun ini tidak semestinya suatu yang elok kerana pokok mungkin akan lambat berbunga.  Jika pokok menerima air yang tidak teratur, ia akan menyebabkan pokok berbunga.

Apabila buah mula lekat dan membesar, tanaman tersebut perlukan air yang lebih banyak, jadi pastikan pokok disiram dengan air yang mencukupi.  Jika air tidak cukup, buah akan luruh.  Pokok yang sedang berbuah tidak tahan tekanan kekurangan air.  Ini kerana air yang lebih banyak banyak untuk pertumbuhan buah.  Sebenarnya bukan itu sahaja.  Ketika tumbuhan sedang berbuah, pertumbuhan akar menjadi perlahan atau terbantut dan keupayaan untuk menyerap air menjadi berkurang.  Kekurangan air boleh mempengaruhi jumlah tuaian, bagaimanapun ia boleh juga membuatkan buah lebih manis dan ini bukannya suatu yang tidak elok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan