TANAMAN SAYUR DAUN: Tanaman sayur daun perlukan air secara berterusan untuk hasilkan daun yang besar dan rangup. Tekanan akibat kekurangan air menyebabkan kualiti daun dan tumbuhan menurun dengan daun yang berserat, rasa yang kurang enak, pahit, dan berbunga lebih awal daripada yang sepatutnya. Jika tanam sayur daun, kekalkan kelembapan tanah dengan menyiram lebih kerap.
TANAMAN TUAIAN AKAR: Tanaman tuaian akar, misalnya lobak merah dan ubi keledek amat memerlukan air apabila akar membesar, dan perlukan air secara berterusan. Tekanan akibat kekurangan air boleh menyebabkan tanaman berbunga (bolting) atau pun menghasilkan rasa yang kurang enak. Pengairan yang tidak sekata, ada waktu terlalu kering dan ada waktu terlalu lembap boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan ada kalanya pertumbuhan melonjak. Pertumbuhan yang tidak sekata boleh menyebabkan tanaman lobak merah menghasilkan lobak yang bercabang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan