KEPERLUAN AIR BAGI SETIAP TANAMAN
Setiap tanaman memerlukan kuantiti air yang berbeza. Misalnya, kangkung yang diambil dari paya gemarkan air yang banyak. Pokok tembikai yang lazimnya ditanam tempat kering perlukan hanya sedikit air.
Tanaman yang mempunyai akar yang dalam tidak perlu disiram dengan air yang banyak berbanding dengan tanaman dengan akar yang cetek.
Ada tanaman yang sentiasa perlukan air yang banyak. Ada tanaman hanya perlukan air yang banyak pada suatu ketika sahaja, misalnya ketika berbunga atau berbuah.
Jagi peringkat pertumbuhan tanaman memberi kesan terhadap kuantiti air yang diperlukan. Pertumbuhan akar amat galak untuk mencari air ketika tumbuhan masih muda dan menjadi perlahan apabila tumbuhan telah matang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan