Halaman

Cari Blog Ini

Rabu, 2 April 2014

Menyiram, Bahagian 19 Daripada 40, Dipetik daripada ebook "Menyiram"

KESAN JIKA AIR TERLALU SEDIKIT

Dalam banyak kawasan, air adalah faktor yang menyebabkan pertumbuhan yang terbantut, walaupun negara kita mempunyai iklim yang panas dan lembap.  Jika tumbuhan tidak mendapat air yang secukupnya, ia akan tutup liang stomata untuk menghalang kehilangan air melalui transpirasi. Ini menghalang tumbuhan menyerap karbon dioksida.  Tanpa karbon dioksida, tumbuhan tidak dapat membuat makanan melalui proses fotosintesis.  Apabila ini berlaku, tumbuhan tersebut terpaksa ambil makanan daripada simpanan ataupun makanan rezab.  Jadi, tumbuhan tersebut makan dan bukannya buat makanan.  Kesannya, pertumbuhan akan terbantut.  Jika ini berlaku biasanya buah atau bunga akan luruh untuk kurangkan penggunaan makanan rezab.

Tekanan akibat kekurangan air menyebabkan pertumbuhan terbantut dan hasil tuaian berkurang.  Ia juga akan menyebabkan tumbuhan berbunga (bolting) dan kualiti tuaian daun akan berkurang kerana bahagian yang boleh dimakan menjadi lebih berserat, dan rasa menjadi pahit.  Inilah sebabnya tanaman hidroponik kurang pahit berbanding tanaman konvensional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan