Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 22 April 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Sayur Dalam Pasu

Tanaman sayuran dalam bekas. Gambar milik Famyzza Mohd Yusof

Hari ini kita bertuah kerana dapat menatap gambar yang dikirim oleh Famyzza.  Gambar menunjukkan beberapa jenis sayur yang di tanam di dalam pasu di sekeliling rumah.

Kata Famyzza, "Tak puas makan sebab tuaian sedikit."

Saya kagum dengan usaha rakan-rakan dalam aktiviti tanamsendiri di rumah walaupun sibuk dengan tugas harian.  Berkebun bukan sahaja aktiviti yang sihat malah dapat upah lagi dengan tuaian yang segar dan enak. Sebenarnya Famyzza, tuaian yang segar, banyak mana pun tak akan puas makan.  Saya tahulah sebab time makan, kalau ada tuaian tanamsendiri, 3 pinggan tak cukup.  :)  Mujur ada aktiviti gardening, kalau tidak dah bertambah berat badan.

Dari kajian sains, aktiviti gardening adalah aktiviti yang terbaik untuk jantung.
Terima kasih Famyzza kerana sudi berkongsi gambar.

Rakan-rakan yang kirim gambar untuk dikongsi, terima kasih dan harap bersabar.  InsyaAllah gambar tersebut akan dipamerkan.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan