Jumaat, 4 April 2014

Gambar oleh rakan tanamsendiri -- Sawi

Cambahan sawi.  Gambar milik Sarliza
Hari ini saya pamerkan gambar yang dikirim oleh Sarliza.  Sminggu selepas ini, pertumbuhan masih perlahan, kata Sarliza.   Soalan yang diajukan ialah mengapa, walaupun dialih pertumbuhan masih perlahan?

Benih telah disemai dalam peat pot Jiffy-7, jadi ia dialih berjama dengan Jiffy.  Pokok sawi dialih supaya akarnya putus sedikit.  Apabila akar lama putus sedikit, akar yang baru akan tumbuh.  Akar baru lebih mudah menyerap nutrien. Jadi apabila sistem akar telah kemas pertumbuhan akan melonjak.

Bila disemai menggunakan Jiffy-7 dan dialih terus, kadar kecederaan pada akar adalah minima.  Ini menyebabkan pertumbuhan akar baru kekal pada tahap sediakala.  Sebab itu pertumbuhan anak pokok tersebut tidak melonjak walaupun selepas dua minggu dialih.

Untuk lonjakkan pertumbuhan, perlu dibaja lebih kerap tetapi pada kuantti yang sedikit.  Jika terlebih baja, anak pokok akan mati melecur.  Jika amalkan menanam cara biasa, larutkan satu sudu teh baja urea dalam 1 liter air dan siram setiap petang.  Apabila pertumbuhan melonjak, kurangkan kekerapan membaja kepada setiap 3 hari.

Jika gunakan baja organik, siram anak pokok dengan teh kompos setiap hari, atau tabur sedikit baja organik setiap 3 hari.  Siram setelah menabur baja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan