Khamis, 3 April 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Lobak Kampung


Lobak Kampung.  Gambar milik Nurul Maisarah

Gambar ini telah dikirim kepada saya sebulan yang lalu.  Hari ini baru sempat membuka kembali gambar-gambar yang dikirim oleh rakan-rakan.  Lobak kampung atau lobak putih bukannya daripada keluarga lobak merah.  Bahagian yang menjadi lobak bukannya bahagian akar sebagaimana loak merah.  Ia adalah bahagian batang.  Lobak kampung enak dimasak jika dituai ketika lobak masih kecil iaitu sebesar bole ping pong.
Daunnya juga boleh dimakan.  Jika buat sup atau goreng dengan bawang putih, enak rasanya.
Terima kasih Nurul Maisarah, kerana kongsikan gambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan