![]() |
Labu manis fajar yang masih membesar. Gambar milik Omar Muhammad. |
![]() |
Buah labu manis fajar yang baru dituai. Gambar milik Omar Muhammad. |
Alhamdulillah. Hari ini kita dapat nikmati gambar kiriman Saudara Omar Muhammad. Labu manis fajar adalah labu manis yang padat isinya dengan saiz buah yang kecil. kebiasaannya sebiji hanya mencecah 1 hingga 1.5 kg. Bila dibelah dua, bahagian atas buah labu ini mempunyai isi yang padat dan benih berada di dalam ruang di bahagian bawah buah.
Labu manis fajar enak dibuat pengat atau kaya. Bijinya juga padat. Untuk rakan-rakan dari kaum Adam yang berumur 40 tahun ke atas, elok makan biji labu yang digoreng. Ia dapat membantu mengurangkan risiko masalah prostat. Itu daripada bacaan saya dulu. Dah lupa jurnal mana yang saya baca.
Saya memang gemar tanam labu dari baka ini kerana cepat beruah dan mampu menghasilkan buah yang lebat. Sdr Omar melakukan pendebungaan secara manual kerana kawasan rumah tiada serangga pendebunga. Selamat menikmati tuaian dengan masakan labu yang enak. Terima kasih Sdr Omar kerana sudi berkongsi gambar tuaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan