Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 7 April 2014

Gambar Oleh Rakan Tanamsendiri -- Kadeesa

Hari ini saya pamerkan gambar hasil tanaman yang dikirim oleh Puan Kadeesa.  Kata Puan Kadeesa, sejak tanamsendiri di rumah, banyak perbelanjaan sayur dapat dikurangkan.  Bukan itu sahaja, keluarga dapat menikmati sayur segar bebas racun.

Alhamdulillah.  Memang kagum melihat gambar-gambar ni.

Timun jepun hasil tanaan Kadeesa pasti rangup bila dituai nanti.  Boleh dibuat ulam atau dihidangkan bersama salad.
Timun mini yang masih muda.  Gambar milik Kadeesa.
Terung pendek ini mungkin dari baka Ratna kelihatan berkilau.  Terung baka ini mempunyai sis dengan sari manis jika dipetik muda iaitu ketika kulit paling berkilau.

Buah terung terung pendek. Gambar milik Kadeesa.
Nah tengoklah putik terung ni, begitu subur.
Putik terung dari baka pendek. Gambar milik Kadeesa.
Tomato pun kelihatan amat subur.  InsyaAllah tak lama lagi lebih banyak buah akan lekat.  Baka ini rasanya masam-masam manis. Enak dimakan begitu sahaja atau dimasak.

Tomato ceri.  Gambar milik Kedeesa.
Bendi juga menjadi.  Pokok masih rendah tapi dah berbiuah dengan buah yang sempurna.  Berbaloi tanam bendi kerana ia menghasilkan buah dalam jangkamasa yang lama.

Pokok bendi sedang berbuah.  Gambar milik Kadeesa.
Kangkung juga menjadi.  Banyak khasiat sayur ni.  Bayam malabar juga menghasilan daun yang lebar.  Mungkin ini sudut ulaman.  Pokok ulam raja juga kelihatan amat subur.

Pokok kangkung. Disebelah kanan gambar kelihatan pokok ulam raja dan bayam malabar (sayur maharaja).

Terima kasih Kadessa kerana sudi berkongsi gambar.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan