![]() |
Cendawan mutiara putih dan cendawan tiram (gambar kecil) yang sedia untuk dituai. |
Sebenarnya, tuai apa-apa pun memang seronok, apa lagi tuaian segar seperti cendawan ni. Memang puas hati. Ada rakan yang tanya kalau-kalau saya ada jual bongkah cendawan. Saya tak jual. Bongkah yang saya dapat ni saya beli daripada Puan Sarah Mohd Noor. Kalau rakan-rakan nak cuba boleh pesan dari Puan Sarah melalui SMS atau WhatsApp. No Puan Sarah 0133712660.
Saya sendiri masih dalam peringkat belajar tanam cendawan menggunakan media alternatif, iaitu media yang mudah diperolehi. Sekarang dalam peringkat menghasilkan dan menyimpan spora dan spawn untuk tujuan tersebut. Kalau menjadi, saya akan jual ebook panduan serta spawn dan spora untuk tujuan tersebut.
apa nama cendawan jenis ni?
BalasPadamCendawan mutiara putih dan cendawan tiram.
Padam